'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Showing posts with label Sinalco. Show all posts
Showing posts with label Sinalco. Show all posts
Friday, 23 March 2012
Friday, 16 March 2012
Thursday, 7 April 2011
Sinalcoman 1968
Pada tahun 1953, Encik Ching melibatkan diri dengan perniagaan minuman soda ketika berusia 29 tahun. Beliau dilantik oleh National Aerated Water Co. Ltd., Singapore sebagai pengarah syarikat. Encik Ching menjadi pengarah urusan syarikat apabila Encik Yap Shing Min, 'co-founder' syarikat itu meninggal dunia pada tahun 1956.
Beliau pernah berkunjung ke kilang Sinalco di England, Amerika Syarikat dan Jepun untuk mempelajari teknik pemasaran dan juga perkara yang berkaitan. Beliau juga mengunjungi kilang pertama Sinalco di West Germany dan di situlah beliau mempelajari ilmu yang paling penting iaitu kaedah perawatan air dalam penghasilan minuman Sinalco.

Adakah ini Encik Ching Kwong Yew? Beliau mungkin berusia 44 tahun ketika gambar ini diambil.
* Lelaki dalam gambar ini bukan beliau.
* Lelaki dalam gambar ini bukan beliau.
Wednesday, 4 August 2010
Sinalco in 1960
Gambar berwarna ini diambil pada bulan September 1960. Minuman Sinalco telah berada di Singapura dan Malaya sejak 1952 dan diterima baik oleh masyarakat tempatan. Kilang pembotolan Sinalco (National Aerated Water Co., Ltd.) yang terawal terletak di 35/37, Hamilton Road, Singapore.

Thursday, 22 July 2010
Sinalco Truck in 1981
Gambar lori Sinalco ini diambil pada 26 Februari 1981 sewaktu Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lori seperti ini pernah digunakan sejak 1970an lagi. Walaupun lori jenama Sinalco, muatan yang dibawa pula Kickapoo dan RC Cola, apa dah jadi dengan penjenamaan/'branding' mereka pada awal dekad ini? Di tahun yang sama Sinalco Singapura telah menaikkan harga minuman mereka pada 25 April.
.jpg)
BAT4572
Wednesday, 21 July 2010
Sinalco work force in 1968
Gambar sekumpulan tenaga kerja Sinalco di kilang National Aerated Water Co. (K.L.) Ltd. ini diambil pada tahun 1968. Pada mulanya kilang ini hanya mempunyai 40 orang pekerja pada tahun 1964 yang mampu mengeluarkan 50,000 dozen botol Sinalco sebulan. Dengan purata lebih kurang 20,000 biji botol sehari. Saya yakin sudah tentulah mereka tidak memerlukan pekerja Bangla atau Myanmar pada masa itu :)
.jpg)
Tuesday, 20 July 2010
Sinalco factory in 1960
Gambar ini diambil pada bulan Mac 1960. Pada waktu itu minuman soda Sinalco (World Famous Soft Drink) dikeluarkan oleh National Aerated Water Co., (Kuala Lumpur) Limited yang terletak di No. 27, Chan Sow Lin Road, Kuala Lumpur. Bangunan G. H. LONG BROTHERS ini adalah nama syarikat 'aerated water' yang pernah beroperasi di Malaya dan Singapura pada tahun 1940an. Mereka menggunakan 'trade mark' naga atau 'Dragon Brand'.





Tuesday, 22 June 2010
Invoice for Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.
Sharikat Kow Long Ban Chin Kilang Ayer Lamned (Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.) ini terletak di No. 83, Jalan Syed Zain, Kuala Trengganu. Pada masa itu TEL: No. 169 hanya mempunyai 3 tiga digit sahaja. Blog saya ini dinamakan Reviving History: A Story of Ayer Lamned. 'Ayer Lamned' berasal dari perkataan Melayu lama bagi air iaitu 'ayer' dan perkataan Inggeris 'lemonade'.
Labels:
Fraser and Neave,
Kickapoo Joy Juice,
Sinalco,
Soda
Tuesday, 8 June 2010
Monday, 31 May 2010
Sunday, 30 May 2010
From nasi lemak bungkus to bottle hunting
Pada pagi Sabtu semalam saya teringin untuk membeli nasi lemak bungkus RM1 di Seksyen 14. Sebaik melalui kilang ini tiba-tiba keluarlah 'idea' lain :) Dalam hati terlanjur bawa kamera seronok tangkap gambar, manalah tau suatu hari bangunan ini akan ditukar menjadi kilang sardin pula! :) Kebetulan semalam orang pun tak ramai, maklumlah cuti panjang 3 hari. Setelah memberi lampu isyarat ke kiri saya pun meletak kenderaan di sebelah bangunan Dutch Lady. Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya temui di luar premis kilang ini.
Ini bukannya Penjara Alcatraz tapi inilah kilang lama National Aerated Water Co., (K.L.) Sdn. Bhd. yang pernah menjadi mercu tanda Petaling Jaya sejak 1964.
Aha!
Biar betol!!! Macam diletak seseorang.
Tak sangka botol Coca-Cola ACL Trade Mark Cont. 290ml ini masih boleh dijumpai tersandar di tiang pagar, condition elok lagi!
Ini pula Sinalco ACL spotted bottle model lama. Jenis yang berbintik dan emboss di bahagian tepi.
Sebahagian dari peti kayu Sinalco yang separuh tertanam, mula-mula ingat sign kecik, bertuahlah kalau ada! :)
Inilah dia 'bottle of the day'! Pergh!!! Botol ACL Kickapoo Joy Juice pendek! Inilah saki baki dari beribu-ribu botol yang pernah tersadai di sini.
Apa yang menariknya botol-botol ini masih boleh dijumpai di luar sekitar pagar. Kalau anda nak beli nasi lemak bungkus bolehlah singgah tengok, mana tau kalau ada botol-botol lain yang terlepas pandang. Apa dah jadi dengan nasi lemak bungkus? Akibat terlalu kusyuk mencari botol saya terlupa membelinya!!! :)
Sunday, 23 May 2010
Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau 1983
Gambar Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau ini diambil pada 31 July 1983. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Tua Sek.R.J.K.(C) Yuh Hua, Rembau Negeri Sembilan. Pada tahun ini jugalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah rendah di Malaysia. Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud.
Perhatikan pentasnya yang sangat tinggi :)
Perhatikan pentasnya yang sangat tinggi :)
.jpg)
Wednesday, 5 May 2010
Drink Sinalco 1968
Gambar di tapak promosi minuman soda Sinalco ini diambil pada tahun 1968. Kelihatan beberapa orang ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) turut bantu menjayakan promosi ini. Di Malaysia, PPM baru ditubuhkan pada November 1964.
Kalau anda memiliki mata yang tajam, perhatikan 'Bottle Display' Sinalco yang diperbuat dari cardboard ini. Nampak tak? Bottle display seperti ini adalah diantara barangan yang sukar diperolehi lagi dan sudah tentu valuenya pun eksklusif. Sekiranya gambar ini berwarna, saya pasti payung besar ini berwarna merah dan kuning.
Kalau anda memiliki mata yang tajam, perhatikan 'Bottle Display' Sinalco yang diperbuat dari cardboard ini. Nampak tak? Bottle display seperti ini adalah diantara barangan yang sukar diperolehi lagi dan sudah tentu valuenya pun eksklusif. Sekiranya gambar ini berwarna, saya pasti payung besar ini berwarna merah dan kuning.


Kalau masih tak nampak, inilah 'Bottle Display' Sinalco yang saya maksudkan (kasi zoom baik punya). Saya yakin kita masih boleh menjumpainya tapi persoalannya dimana?
Friday, 30 April 2010
National Practical Leadership Course 1980
National Practical Leadership Course 1980 ini telah dianjurkan oleh Young Malaysian's Movement Malaysia (Pergerakan Pemuda Malaysia). Kursus 5 hari ini diadakan pada 9 hingga 13 Ogos 1980 dan ditaja oleh Kickapoo Joy Juice dan juga Sinalco.
.jpg)
Wednesday, 28 April 2010
Kedai Makanan Sun Wah in 1975
Gambar ini diambil pada 2 September 1975 di Kedai Makanan Sun Wah. Papan iklan kedai ini ditaja oleh Sinalco dan Kickapoo Joy Juice. Untuk pengetahuan kita bersama kurang dari seminggu sebelum gambar ini diambil, Tugu Negara Malaysia telah dibom oleh pengganas komunis pada 27 Ogos 1975.
.jpg)
Labels:
Kickapoo Joy Juice,
Old Photos,
Signs,
Sinalco,
Soda
Tuesday, 20 April 2010
Team Sinalco early 1970's
Posing ter'baek', siap letak straw kat mulut! Pergh! Mungkinkah dia model minuman Sinalco? Mungkin tidak :) Gambar ini diambil sekitar awal tahun 1970an, mungkinkah ini zaman kegemilangan filem Hindustan 'Bobby' yang dilakonkan oleh Rishi Kapoor?

Wednesday, 14 April 2010
Sambutan Ulang Tahun Sekolah Rendah dan Menengah 1973
Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu Tun Hussein Onn. Pada tahun itu juga, Peperiksaan Sekolah Rendah UDT (Ujian Darjah Tiga) dimulakan dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) baru sahaja ditubuhkan. Gambar ini diambil pada 23 September 1973 sempena Sambutan Ulang Tahun Sekolah Rendah dan Menengah. Acara ini telah ditaja oleh minuman soda Royal Crown Cola, Kickapoo Joy Juice dan juga Sinalco.

Bukan peti kayu sahaja yang pupus malah seluar apek ni pun turut pupus sekali :) Yang penting Minum-lah RC Cola! :)
Ramai yang berkerumun dan tidak sabar menggunakan kupon minuman. Jika pelajar ini berada di Tingkatan 5, tahun ini mereka akan berumur 54 tahun :)


Anda masih ingat pakaian seragam polis warna biru muda ini?

Peti atau 'crate' kayu sangat popular digunakan pada masa ini untuk menyimpan 24 biji botol

Pelajar sekolah ini mungkin beratur untuk mengambil kupon minuman


Labels:
Kickapoo Joy Juice,
Old Photos,
Royal Crown Cola,
Sinalco,
Soda
Wednesday, 24 March 2010
Daulat Tuanku Billboard 1983
Billboard 'Daulat Tuanku Allah Lanjutkan Usia Kebawah DYMM Tuanku' sekitar tahun 1983 ini ditaja oleh National Aerated Water dan Ban Hing Leong Aerated Water. Pada tahun itu, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1979 - 1984) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke tujuh. Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Pada hari jarang sekali kita melihat billboard seperti ini dibuat oleh mana-mana syarikat minuman soda, apa dah jadi agaknya? Daulat Tuanku!


Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Gambar dari http://shahrinnahar.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)