Sunday, 30 May 2010

From nasi lemak bungkus to bottle hunting

Pada pagi Sabtu semalam saya teringin untuk membeli nasi lemak bungkus RM1 di Seksyen 14. Sebaik melalui kilang ini tiba-tiba keluarlah 'idea' lain :) Dalam hati terlanjur bawa kamera seronok tangkap gambar, manalah tau suatu hari bangunan ini akan ditukar menjadi kilang sardin pula! :) Kebetulan semalam orang pun tak ramai, maklumlah cuti panjang 3 hari. Setelah memberi lampu isyarat ke kiri saya pun meletak kenderaan di sebelah bangunan Dutch Lady. Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya temui di luar premis kilang ini.

Ini bukannya Penjara Alcatraz tapi inilah kilang lama National Aerated Water Co., (K.L.) Sdn. Bhd. yang pernah menjadi mercu tanda Petaling Jaya sejak 1964.

Aha!

Biar betol!!! Macam diletak seseorang.

Tak sangka botol Coca-Cola ACL Trade Mark Cont. 290ml ini masih boleh dijumpai tersandar di tiang pagar, condition elok lagi!

Ini pula Sinalco ACL spotted bottle model lama. Jenis yang berbintik dan emboss di bahagian tepi.

Sebahagian dari peti kayu Sinalco yang separuh tertanam, mula-mula ingat sign kecik, bertuahlah kalau ada! :)

Inilah dia 'bottle of the day'! Pergh!!! Botol ACL Kickapoo Joy Juice pendek! Inilah saki baki dari beribu-ribu botol yang pernah tersadai di sini.

Apa yang menariknya botol-botol ini masih boleh dijumpai di luar sekitar pagar. Kalau anda nak beli nasi lemak bungkus bolehlah singgah tengok, mana tau kalau ada botol-botol lain yang terlepas pandang. Apa dah jadi dengan nasi lemak bungkus? Akibat terlalu kusyuk mencari botol saya terlupa membelinya!!! :)

11 comments:

MgtBobber said...

Waah!! bagus! bagus! sifir kau betol!! hehee.. aku syok tang kickapoo pendek tu, sebijik je ke bro?? jom gi korek lagi??

frightrice said...

Nasi lemak boleh lupa tu bro :)

Aku suspect banyak botol dalam tanah tu, kena korek sikit la. Dulu banyak botol bergolek kat situ. Baru-baru ni hujan lebat, senang la nampak. Tapi tang mengoreknya satu PJ boleh nampak kita, dahle tempat tu bz sikit.

Korek punya korek boleh sampai dalam premis, lain dah tu, hahaha.

frightrice said...

Aku pun syok jumpa botol Kickapoo pendek ni, hari tu pun aku bawak balik 5 bijik botol, semua lain-lain.

Lepas posting ni keluar aku rasa dah ada collector yang survey tempat ni :)

MgtBobber said...

Besok aku gi usha la jap.. orang tengok pun tengok lah!! hahaha!

frightrice said...

Apa kisah ye tak? Good luck bro.

en mat said...

nie yang feel hunting aka jember, tak tau apa barang bole jumpa...

frightrice said...

En Mat, curious jugak apa lagi boleh jumpa kat luar pagar tu, kena bawak hand spade ni :)

Blues Riders said...

itu baru kat luar.. masuk kat dalam terus tak boleh ka bro, mesti banyak lagi khazanah yang tinggal. selori boleh bawa balik. he.. he..

frightrice said...

Blues Riders, kalau dari luar memang tak nampak apa atas tanah, tapi aku rasa dalam seinci dua dalam tanah tu mesti banyak lagi. Pagar dia tinggi sangat nak lompat bro, dulu pagar dia roboh boleh lompat masuk, bila kena HOI!!! Boleh lompat keluar balik, hehe.

iaryylr said...

wah! sungguh menarik dan beruntung !

frightrice said...

iaryylr, untung sikit2 jer bro. sebelum kena clear lagi untung :)