Monday 3 May 2010

Panggong Paramount early 1970's

Gambar ini diambil pada awal 1970an di Panggong Paramount Petaling Jaya. Pada suatu masa tiket panggung wayang ini hanya berharga $2.50 untuk Kelas Satu. Perhatikan botol gergasi 'inflatable' Royal Crown Cola yang sama tinggi dengan lori Kickapoo Joy Juice.

Panggong Paramount telah dibuka pada 1970an dan ditutup pada 1985 kerana kurang sambutan. Dua tahun selepas itu, panggung ini telah dibaik pulih dan dibuka semula. Akibat saingan dari Golden Village Multiplex yang berdekatan, Panggong Paramount telah menutup perniagaan mereka buat kali terakhir pada tahun 1997. Adakah gambar ini diambil semasa pelancaran panggung ini di awal 1970an?

8 comments:

MgtBobber said...

Perghh! botol tu 7-8 kaki ada tu!! buat display depan rumah mmg cun! hahahaa..

en mat said...

Apa barang display botol plastik angin depan rumah bro, Display lori air tu lagi gempak bro.

Orang display hotwheels depan ruang tamu hang display lori kat depan rumah perghhhh...terbakar pak guard dgn MBSA ...he he he

frightrice said...

Mgt, kau imagine nak mengepam botol ni pakai pam kaki, mau bermuscle betis.

En Mat, dpt papan lori pun cukuplah ada tulis Kickapoo :)

MgtBobber said...

Aku imagine tiup pakai mulut!! hahahaa.. ala Che Mat, kalau kau dapat pun mesti kau buat bantal lekorr!! hahahaa..

frightrice said...

Kembang mulut bro, hahaha...

Fitri Osman said...

kalau dapat papan tepi lori tu pun jadik la..boleh buat bangku panjang dalam bilik...

en mat said...

bro mgt, aku kalu dapat bawa pi sunway lagoon , RC cola float, minta mamat jet ski tarik...

br FR & Ft3, papan kickapoo tu kalu eis antik letak KELINKAN kat kepala katil hang letak papan kickapoo kat kepala katil..cun woooooo he he he

frightrice said...

Hehehe, macam2 idea papan lori & pelampung ni :)