Tuesday, 18 May 2010

Headhunting for Bottles

Pada Jumaat lepas saya memburu botol di sebuah kilang air soda lama di Sarawak. Selepas mengambil pas sekuriti saya dibenarkan untuk meneruskan misi pencarian botol-botol soda lama. Kadangkala kita dikelilingi oleh ratusan atau ribuan botol air soda dan apa yang dicari tak semestinya ada tapi itulah keindahan yang ada pada hobi ini :)

Saya pelajari tayar lori tidaklah seringan yang disangka :)

8 comments:

Iaryylr said...

bestlah bro, sampai serawak tu, syoknya.. ,apa sambungan cerita tu..

frightrice said...

Bro, pada masa ni orang tengah sibuk dengah pilihanraya, aku pun sibuk dengan pilihanraya kecil aku sendiri di kilang ayer lamned ni, hehe.

MgtBobber said...

Bro.. takde ke botol Sundrop kau bwak balik? mana tau ada version pelik-pelik??

frightrice said...

Bro, aku tak jumpa botol Sundrop® version X-Files tu , kalau carik betul2 ada kot :)

Banyak botol yang kau nampak dalam gambar ni mostly Sundrop botol gemok gedempol. Botol2 ni aku rasa baru 10%, yang lain semua dah kena recycle baik punya, habis pupus satu spesis! Tempat original diaorg stack-up botol ni dulu pun dah clear. Skg botol Sundrop ACL 285ml dah tak banyak. Botol Sundrop bulat terus tak jumpa langsung bro. Ada jugak saki-baki botol Green Spot pendek 1970's, pikir balik menyesal la tak ambik :)

MgtBobber said...

Salah sifir la kau bro.. patut kau sebat je mana yang boleh..

frightrice said...

Hehe, memang salah sifir bro :) Tapi aku ada pasang kaki kat sana, tak taulah kaki tu terror ke tak, kita tunggu jerlah.

Bila kau nak korek botol bro? Aku nak ambik video ni.

hazad said...

lokasi kilang tu di sibu ? drp perbualan dgn cikgu sekolah (orang local)di sibu byk kilang ayer lamned.di bintangor bhgian sarikei pn ade 1 kilang ayer lamned.

frightrice said...

thank you Hazad. info dari anda sangat2 menarik. kalau ada peluang insyaAllah saya akan memburu di Bintangor.