Thursday 3 June 2010

7up® Metal Sign late 1970's

Seven-Up dibawa masuk ke Malaya oleh Fraser and Neave pada tahun 1961. Signboard 7up® lewat 1970an ini adalah dari hasil buruan di Lembah Klang. Signboard yang sudah rompang ini ditemui di kawasan penempatan haram warga asing, ukurannya lebih kurang 36 x 31 inci. Seorang sahabat pernah berkata, 'muka mau manis...!', pada masa inilah muka memang kena manis, kalau tak manis pun dipermaniskan juga :) Rasanya kami pun tidak mahu terlibat dengan adegan yang tidak diingini di kawasan itu. Yang kelakarnya, kawan saya tidak mematikan enjin kereta supaya senang melarikan diri katanya, hehe.

Sempena posting saya yang ke-100 ini saya ingin memohon maaf jika saya pernah menyinggung perasaan sesiapa dalam penulisan blog saya yang serba-serbi kekurangan dan caca-marba ini. Terlanjur perahu boleh di undur, terlanjur kata tak dapat digostan balik. Apa pun perbezaan pendapat, minat kita masih sama :)

13 comments:

en mat said...

Tahniah bro FR sempena ulangtahun posting yang ke seratus... pasni kalau cecah posting yang ke seribu boleh celebrate kat Mek Donel kot... he he he pssssst gelas pink volley dah tibai ka????

MgtBobber said...

Signboard ni yang aku tak yahan niH!! leleeh!!!
Tahniah bro posting ke seratus! kau kena zakat skit barang kau tu! hahaa!

Che Mat.. Gelas pink tak dapat lagi, botol pink ada! hehehee..

MgtBobber said...

Alamak silap Yahan tu bukan perkataan baru bro, tak tahan sebenarnya!! hahaha!!

frightrice said...

Thank you En Mat, aiseyman baru dapat HEADER la, lajunya...

Thank you Mgt, nantilah aku tengok apa yang boleh zakat :)

frightrice said...

kdg2 boleh jadi perkataan baru tu, hehehe. ari Sabtu ni cuti, takde plan menjember ke bro?

Fitri Osman said...

aku pun nak ucap selamat hari 100 posting kat hang...kalau boleh nak sms lagi...haaahhhaaa...
tak lahan jugak aku tengok signboard hang...kat opis aku banyak jugak signboard...belum terusik lagi...tapi signboard arrow, lane close,speed limit, working area laa...haaahaaa...

besok malam jadi mabuk ke kenkawan semua..??

frightrice said...

Thank you Fitri, hehehe.

Signboard yang dah macam kena gigit Jaws ni aku ada simpan cebis yang hilang tu, tak reti camna nak sambung balik. Kena pakai duct tape kot tapi kalau cebis tu jatuh kena kepala sedap jugak :)

Aa aaa, ada mabuk ke besok?

en mat said...

sesi mabuk teh kat TTDI jaya jam 10 mlm jumaat 04 jun 10. bawaklah apa yg patut tut tut tut... zakat sempena Keputeraan Agung

frightrice said...

En Mat, dah zakat dah cheque sorang satu, hehe. Masih minum teh lagi ke bro?

MgtBobber said...

Haha! bro FR, semalam sampai 3 pagi!!

frightrice said...

whui, dasat betul u all. geram tengok botol pet Fitri tahun 1984 tu. pandai bergurau botol tu dengan aku :)

MgtBobber said...

Haha! nama lg pet ye dak??

frightrice said...

betol la, hehe.