Seperti cerita 'The Treasure Hunters' dari Enid Blyton; Megat, Sham dan saya telah mengeksplorasi sebuah gudang barangan lusuh pada 17 Jun lepas. Orang putih ada mengatakan 'One man's junk is another man's treasure', tempat ini memang sarat dengan 'junk' berbagai jenis.
Kebetulan buku cerita ini dijumpai di sini.
Paper cup PEPSI Kuala Lumpur 98 Sukan Komanwel ke XVI. PEPSI adalah minuman ringan rasmi bagi acara sukan ini.
Sahabat saya Megat dan Sham sedang ber'jember', agak kecewa kerana tidak dapat melihat aksi Sham dengan tangan sabitnya, hehe.
Kasut sekolah Pallas Jazz dan Pallas Twinkle pun ada.
Diantara barangan yang dibeli ialah jam tangan Coca-Cola 1990an (Dalam mangkuk kuning).
Seperti cacing kepanasan, tibalah masanya untuk kami meninggalkan tempat ini. Bagi yang inginkan keselesaan, tempat ini bukan untuk anda ber'shopping' sambil bersiul :)
6 comments:
bro, sham tu berselipar jepun ke dah upgrade bersepatu.
jam coke tu kenapa ditutup dengan mangkok kuning, takut en mat bedek ke...he he he ada xtra tak?
hari tu Sham dah upgrade En Mat, hehehe.
tak perasan masa tangkap gambar ni jam masih dalam mangkuk. insyaallah nanti saya tunjuk kat En Mat. tak tau boleh jalan lagi ke tak :(
Woi! woi! woi! apa ni? apa niii???
sori bro letak gambar kau yg hensem ni :)
dunt wori, takda apa yg bocor kat sini, pocket kita dan minyak jer yg bocor skit masa tu.
bro, kalau dlm berbanyak paper cup pepsi tu nk jual ke..nk jual 1kping ke....roger2 lah kt kawan eh....xjual xpe....sj tny2...sori bro...hehe
hehehe, no hal bro, nak beli lebih pun takpa. hujung minggu ni saya kat Amcorp kot, calling2 la :)
Post a Comment