The Curio Warehouse merupakan sebuah gudang antik di Guildford, Western Australia. Gambar ini diambil pada musim bunga 14 September 2005. Pemilik tiada masaalah bila saya mengambil gambar gudangnya, malah dengan selamba menghilangkan diri di bangunan berdekatan, sempat dia berpesan kalau ada soalan, panggil sahaja atau dengan erti kata lain jerit! Bayangkan situasi anda berseorangan di gudang ini :) Penerbangan ke Perth hanya mengambil masa lima jam dari Kuala Lumpur, apa yang anda fikirkan? :)
Walaupun kedai ini tidak memberi sebarang potongan harga, ianya agak berpatutan*. Botol codd boleh dibeli pada AU$25, lebih kurang RM75. Botol Coca-Cola warna hijau dalam AU$5, lebih kurang RM15. Kalau anda beli lebih, si tuan punya gudang yang seiras penjajah Inggeris ini secara automatik memberi 'discount'. Nasihat saya, elakkan dari meminta 'discount' secara mendadak kerana anda akan terasa dijajah selepas bertanya soalan cepu emas seperti ini. Saya pernah terkena banyak kali semasa menjadi penuntut di sana :)
* Harga pada tahun 2005.

Tangki pemadam api
Tangki pemadam api Quell Mark II
Papan iklan Sunkist Orange Crush (Drink in the Sun). Kalau anda inginkan pengalaman dijajah, tanyalah soalan seperti "sign ini 'original' ke?" :)
The Curio Warehouse
Pam minyak Golden Fleece (H.C. Sleigh). No food or drink in the shop please.
Botol Coca-Cola, Schweppes, dan soda beraneka jenis
3 comments:
Aduuh!!! aku allergic betol la tengok botol-botol hijsu ni!! rasa nak terkamm!! yang dalam prti tu pun pehh!! stim woo!!
Alamak silap taip... botol hijau bukan hijsu!! hehe!!
Mgt, nanti aku postkan botol hijsu ni, aiseyman, belum tangkap gambar lagi :)
Post a Comment