Tuesday, 17 April 2012

Lepaking at Sundays, Bangsar part 1

Kedai di Bangsar ini agak menarik kerana mereka menjual reka bentuk dalaman berunsur industrial. Malam itu agak gelap disebabkan 'Earth Hour' di seluruh Malaysia.

'French postal desk' yang berharga RM15,659 ini mungkin dari era 1950an. Drew Pritchard (Salvage Hunters) ada menjual meja yang serupa pada harga £1500 iaitu lebih kurang RM7,300.

Tempat duduk 'swing out' yang beroda, menariknya kerusi ini disatukan dengan meja.

Rak sebegini dipanggil 'pigeon holes' tetapi bukan untuk meletak burung merpati! :)

Tangga besi berputar yang dipasang menggunakan skru.

'Antique dentist furniture metal chest marble top' ini berharga RM25,599. Dengan mudahnya anda boleh membayar 'down payment' kereta BMW 3 Series Sedan atau mungkin kereta Volkswagen Scirocco!

Lampu lantai jenama Jielde ini berharga RM9900. Lampu ini direka oleh Jean-Louis Domecq sekitar 1950an.  

Walaupun harganya 'meletop', kabinet doktor gigi ini sangat cantik buatannya.

Ini pula peti surat kayu dari France yang berharga RM12,559.
'Sodap jer aku tangkap gambo!' :)

No comments: