Friday 9 July 2010

Sudirman Hj Arshad

Sudirman Hj. Arshad pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Kejayaannya dalam memasarkan Sudi telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman Sudi yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi).

Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama Sudi.

Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan ‘merchadising’ keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.

Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan Sudi Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.

Tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya 'Sudirman Productions' dengan hanya seorang pekerja. Tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album berjodol Sahabat untuk anak saudara kesayangannya Atai (Razman Azrai Zainudin) di bawah Sudirman Productions. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Walaubagaimana pun pada Mac 1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri semua kegiatan hiburannya.

Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991.

Sudirman Ingin Takluk Dunia

Sumber: Wikipedia Ensiklopedia bebas

8 comments:

en mat said...

sudi-sudikanlah attach gambor tin minuman SUDI...

Rasli Jaafar said...

Ada lagi ke tin Sudi? mesti harga dah melambung gila kot..sape2 ada Tin Sudi tu tayang2 la kat Blog,kita nak tengok he he

frightrice said...

Bukan tak sudi En Mat, tinnyer yg takde, hehehe.

Rasli, rasanya ada collector yg masih simpan tin 'Sudi' ni. Kalau ada yg dapat simpan complete set memang dasat la. Tin ni kira limited jugak bro sebab keluarannya tak lama. Last sekali aku minum 'Sudi' 19 tahun lepas, masa tu tak collect la pulak, cit!

Siapa ada simpan 'cermin mata hitam' Sudirman yg fleksibel?

jakionline inc said...

dapat simpan LP & buku cartoon nya je .. jadi laa

frightrice said...

bro jaki, jadi la... :)

Iaryylr said...

Saya ada tin sardin sudi tau, tapi saya simpan dalam ingatan saja sebab tidak pernah beli... hampeh nyesal jugak.. .Gurau aaa kawan-kawan jangan marah... sebab air tin sudi dan sardin sudi jer saya pernah nampak, kalo eksosori tu cam cermin mata, kawan-kawan dulu dengan bergayanya disekolah.... .

frightrice said...

iaryylr, saya pula tak pernah tengok tin sardin Sudi :) kata en mat, sudi-sudikanlah attach gambor bagi yang ada simpan.

Anonymous said...

ada saper2 ke yg ada majalah mastika gambar sudi ni ? kalau ada nak jual bgtau la.puas da kwn cr