Saya terjumpa gambar ini semasa melayari google, gambar 3 orang askar Amerika dari unit First Field Force Viet Nam di Nha Trang pada tahun 1970. Perhatikan tin Coca-Cola yang digunakan pada masa itu, malangnya saya tidak berjaya* menjumpai satupun tin seperti ini di sana. *Saya telah menjumpai tin (Steel flat top) ini semasa lawatan kedua ke Ho Chi Minh City, gembira tak terkata! :)
'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Monday, 27 September 2010
Friday, 24 September 2010
Vietnam military surplus Part 2
Selamat berhujung minggu sambil mencuci mata. Rasanya saya membawa 'market' ini ke rumah anda :)
Jam dan pemetik api
Helmet
Labels:
Adventure,
Smoking Accessories,
Vietnam,
Watches
Vietnam military surplus Part 1
Mungkin anda sudah ke'boring'an dengan 'posting' Vietnam saya :) Anggaplah ini sebagai minggu 'menjember' Vietnam bagi anda yang bercadang pergi ke sana, hehehe. Pada kali ini pula ialah gambar yang diambil semasa berada di sebuah 'market' di bandar Ho Chi Minh City. Dari 'M1 helmet' hinggalah ke 'M16 magazine', tentulah kedai ini syurga bagi anda yang meminati barangan 'military' terpakai* :)
* Awas barangan 'reproduction'.
* Awas barangan 'reproduction'.
Thursday, 23 September 2010
Drinking a refreshing Coke after a day's work
Lt. Cpl Richard A. Morgan sedang menikmati Coca-Cola dibawah terik matahari bersama pembantu kanak-kanak Vietnam pada 4 September 1965. Pada tahun itu juga 3,500 'US Marine' sampai ke Selatan Vietnam, mereka merupakan 'American combat troops' yang pertama sampai ke negara itu. Gambar dari © Bettmann/CORBIS.
Wednesday, 22 September 2010
Early 1960's Coca-Cola from Darlington South Carolina
Satu lagi botol yang sempat diperolehi dari Saigon ialah botol Coca-Cola DARLINGTON SOUTH CAROLINA ini. TRADE-MARK REGISTERED IN U.S. PATENT OFFICE, CONTENTS 6½ FL. OZS. (Lebih kurang 192ml). Untuk pengetahuan semua, sebenarnya agak susah untuk menjumpai botol seperti ini di bandar Ho Chi Minh City. Lainlah kalau anda yang memburunya sendiri di kawasan tertentu, sudah pasti bermacam lagi botol atau tin yang boleh ditemui. Tapi awaslah kalau tersilap pijak... "Kabooom!!!" :)
Botol ini mungkin digunakan sekitar 1963, pada masa itu slogan Coca-Cola ialah 'Things go better with Coke'. Kita sedia maklum Amerika tewas semasa Perang Vietnam walhal di kaca TV kita selalu dipertonton kejahatan askar Viet Cong dan kebaikan askar Amerika yang digambarkan sebagai 'hero' yang akhirnya memenangi setiap pertempuran. Apa yang kita jarang nampak ialah askar Viet Cong yang sebilangannya terdiri dari wanita dan petani yang hanya berselipar tayar getah cuba mempertahankan kampung halaman mereka. Siapa yang sebenarnya 'hero' dan siapa yang masuk kampung siapa?

Tuesday, 21 September 2010
The guy next door and his AK-47
Posting kali ini tiada kaitan dengan koleksi 'soda' cuma saya ingin bercerita sedikit tentang senjata kegemaran saya iaitu AK-47. Sebelum apa-apa berlaku eloklah saya mengaku saya tidak ada menyimpan senjata ini di rumah dan saya tidak pernah menyokong atau menyertai mana-mana parti komunis atau pengganas :) Ini hanyalah gambar saya di Dia Dao Cu Chi (Cu Chi Tunnel), Vietnam. 'Assault rifle' ini dicipta oleh Mikhail Kalashnikov, Soviet Union dari tahun 1944 - 1946. AK bermaksud Avtomat Kalashnikova (Automatic Kalashnikova). Dari pengalaman saya menggunakan senjata seperti M16 dan 'machine gun' lain, ternyata AK-47 lebih serasi digunakan dari segi 'handling' dan ketepatan. Bagi saya anda boleh berlari dan melompat dengan senjata 'rugged' ini (Kalaulah saya ringan sedikit). Seorang veteran Viet Cong menceritakan kepada saya AK-47 boleh dicelup dalam air bila 'overheat' dan terus boleh digunakan manakala M16 akan rosak jika dilakukan sedemikian.
Memang seronok rasanya menembak peluru hidup tetapi disebalik keseronokan itu juga saya mengingatkan diri bahawa ini sebenarnya 'a powerful weapon' yang boleh membunuh sesiapa sahaja. Terfikir juga bagaimana seseorang itu boleh tergerak hati untuk mengambil nyawa manusia lain dengan sewenangnya sedangkan membunuh binatang pun saya atau anda mungkin tidak sanggup.

Early 1960's Coca-Cola from GREENSBORO NORTH CAROLINA
Sebelum menjejak kaki ke Vietnam saya berangan-angan menjumpai saki-baki botol soda era Perang Vietnam di sana :) Maklumlah semasa 'Vietnam War' (1 November 1955 - 15 Mei 1975) ramai askar Amerika terlibat dalam peperangan tersebut, tentulah mereka ada membawa sekali Coca-Cola. Seramai 58,159 orang askar Amerika (GI) terkorban semasa peperangan itu, pengorbanan yang amat sia-sia sekali. Salah satu botol yang sampai ke Vietnam pada masa itu ialah botol 'hobble-skirt' Coca-Cola 'TRADE-MARK REGISTERED' IN U S PATENT OFFICE dari GREENSBORO NORTH CAROLINA ini. CONTENTS 6½ FL OZS.
'Scarf' hitam putih 'Khan Ran' ini pula dipakai oleh askar Viet Cong di leher mereka, walaupun serba-serbi kekurangan (apatah lagi berpeluang menghilangkan dahaga dengan Coke), mereka tetap menang dalam peperangan yang amat dasyat ini :)

Monday, 20 September 2010
1950's Schweppes Flat Top 'Soda Water' Can
Semasa ke Saigon, saya sempat memburu barangan soda di sana. Di antara barang yang dibeli ialah tin Schweppes 13 FL OZ jenis 'flat top' yang digunakan semasa Perang Vietnam dari tahun 1955 hinggalah ke penghujung dekad itu (kemungkinan juga masih digunakan sehingga tahun 1960an). Soda Water ini diexport khas dari Australia untuk kegunaan askar Amerika. Ianya masih mengandungi minuman dan keadaannya sedikit kemek, terpulanglah kepada anda untuk berimaginasi. Tin yang diperbuat dari 'steel' ini memerlukan 'can opener/church key' atau peralatan tajam untuk dibuka. Kalau anda mahir menggunakan 'metal detector', agaknya banyak lagi tin yang boleh dijumpai di sana, itu pun kalau anda berani!
Friday, 17 September 2010
Nam Tour of Duty
Sekarang saya berada di Ho Chi Minh City, Vietnam. Negara di mana askar America akan sentiasa menang dalam siri TV 'Tour of Duty', hehehe. Semalam saya sempat men'jember' di 'Army Surplus Market'. Agaknya di sini ada barang 'best' ke? :)
Thursday, 9 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada semua pembaca blog Reviving History dan juga kepada semua saudara bloggers dan 'collectors', Afzarizal, Amir, Ayah Aiman (Sama Tak Serupa), Blues Riders, Blurguyz79, Bob Pepsi (Chenta Pepsi), Bro Dolah JB, Bro Zul, En Mat (Hobi En Mat), Fairuz, Font Military, Ipoh Station Antique Cafe, Ismail bin Mohd Nor (Eis'Antique), Jakionline Inc, Malaya Ayer Lamenet@Aerated Water aka Otai Bro D, Mgtbobber (Botol Soda), Mohd Fitri bin Osman (Koleksi Fitri Barang Old Skool), Ong Melaka, Pak Haji (Apa Yang Best Sangat??), Rasli Jaafar (Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool), Reza Swiss made, Rony Mediono (Kedai Barang Antik), Spallan (...dah masuk kotak), Wan, Wadi @ Iruadee, Wong Chin Cai (Things To Be Purchased.), ~Zulkis~ (Teratak Rimbun... Teratak Aku...), 'geng-geng' Amcorp Mall dan ramai lagi 'geng' yang tidak sempat saya sebutkan di sini.
Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kalau ada salah dan silap semasa penghasilan blog ini. Janganlah anggap penulisan 'cyber' saya sebagai suatu perbalahan di alam yang sebenar.
Berhati-hatilah di jalanraya kepada yang memandu. Kemalangan hanya memerlukan sekelip mata untuk melenyapkan segalanya jadi berwaspadalah selalu, 'stay alert at all times'! Tak payahlah nak tengok botol masa tengah pegang 'steering' tu :)

Monday, 6 September 2010
Codd in action
Saya terjumpa gambar hitam putih ini semasa melayari 'google'. Gambar ini mungkin diambil pada awal sekitar tahun 1920an hingga 1930an di Plymouth, England. Perhatikan budak lelaki yang sedang 'syok' minum dari botol guli ini. Agak jarang juga kita melihat gambar botol jenis 'codd' ini digunakan... dan saya juga sedar bahawasanya saya agak jarang menulis kali ini :) insyaAllah selepas cuti nanti saya akan kembali ber'blogging'. Bulan puasa bukan alasan tetapi kadang-kala kita perlu duduk sambil menghirup udara nyaman (alasan penat sebenarnya). Hehehe...
Wednesday, 1 September 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)