Wednesday, 22 September 2010

Early 1960's Coca-Cola from Darlington South Carolina

Satu lagi botol yang sempat diperolehi dari Saigon ialah botol Coca-Cola DARLINGTON SOUTH CAROLINA ini. TRADE-MARK REGISTERED IN U.S. PATENT OFFICE, CONTENTS 6½ FL. OZS. (Lebih kurang 192ml). Untuk pengetahuan semua, sebenarnya agak susah untuk menjumpai botol seperti ini di bandar Ho Chi Minh City. Lainlah kalau anda yang memburunya sendiri di kawasan tertentu, sudah pasti bermacam lagi botol atau tin yang boleh ditemui. Tapi awaslah kalau tersilap pijak... "Kabooom!!!" :)

Botol ini mungkin digunakan sekitar 1963, pada masa itu slogan Coca-Cola ialah 'Things go better with Coke'. Kita sedia maklum Amerika tewas semasa Perang Vietnam walhal di kaca TV kita selalu dipertonton kejahatan askar Viet Cong dan kebaikan askar Amerika yang digambarkan sebagai 'hero' yang akhirnya memenangi setiap pertempuran. Apa yang kita jarang nampak ialah askar Viet Cong yang sebilangannya terdiri dari wanita dan petani yang hanya berselipar tayar getah cuba mempertahankan kampung halaman mereka. Siapa yang sebenarnya 'hero' dan siapa yang masuk kampung siapa?

No comments: