Tuesday 9 March 2010

Carrara Markets AU$1 return trip

Baru-baru ni saya meredah flea market di Gold Coast, Australia. Market ini dibuka dari pukul 7 pagi hingga 4 petang setiap Sabtu dan Ahad. Menariknya saya cuma bayar tambang bas AU$1 untuk ulang alik dari Surfers Paradise.

Kedai 'Heritage Signs & Collectables' ini menjual bermacam jenis sign. Anda boleh jumpa jenama Golden Shell Motor Oil, Ideal Brand Tonic Coca-Cola, Mobilgas, dan bermacam lagi. Memang menarik tapi semuanya reproduction*, siap dengan karat! Untuk cenderahati dan hiasan kenang-kenangan bolehlah tetapi hari itu saya hanya mencuci mata sahaja.



* Buatlah macam mana sekali pun, reproduction tetap repro sampai bila-bila, terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

No comments: