Tuesday 16 March 2010

Coca Cola Co. bina kilang pembotolan RM1 bilion di Nilai

SEREMBAN 16 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melakukan majlis pecah tanah pembinaan kilang pembotolan pertama Coca Cola Company di Taman Perindustrian Enstek, Nilai dekat sini dengan pelaburan bernilai AS$285 juta (RM 1 bilion) bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pelaburan baru syarikat di atas tanah seluas 123,024 meter persegi milik Coca Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. itu akan dibina di atas tanah yang dibeli daripada TH Properties, pemaju kawasan perindustrian berkenaan.

"Saya berharap dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Coca Cola Company ini dengan membuat pelaburan di Malaysia, ia akan menjadi contoh kepada lebih banyak syarikat melabur di negara ini," kata beliau di Nilai, dekat sini hari ini.

Kilang itu dijangka mula beroperasi 2011 serta mampu menjana 800 peluang pekerjaan baru bagi tempoh lima tahun operasi.

Selain itu, ia turut memberi manfaat kepada 100,000 peruncit di negara ini serta memenuhi keperluan 27 juta pengguna keseluruhannya. - Utusan

No comments: