Tuesday, 21 September 2010

Early 1960's Coca-Cola from GREENSBORO NORTH CAROLINA

Sebelum menjejak kaki ke Vietnam saya berangan-angan menjumpai saki-baki botol soda era Perang Vietnam di sana :) Maklumlah semasa 'Vietnam War' (1 November 1955 - 15 Mei 1975) ramai askar Amerika terlibat dalam peperangan tersebut, tentulah mereka ada membawa sekali Coca-Cola. Seramai 58,159 orang askar Amerika (GI) terkorban semasa peperangan itu, pengorbanan yang amat sia-sia sekali. Salah satu botol yang sampai ke Vietnam pada masa itu ialah botol 'hobble-skirt' Coca-Cola 'TRADE-MARK REGISTERED' IN U S PATENT OFFICE dari GREENSBORO NORTH CAROLINA ini. CONTENTS 6½ FL OZS.

'Scarf' hitam putih 'Khan Ran' ini pula dipakai oleh askar Viet Cong di leher mereka, walaupun serba-serbi kekurangan (apatah lagi berpeluang menghilangkan dahaga dengan Coke), mereka tetap menang dalam peperangan yang amat dasyat ini :)

4 comments:

MgtBobber said...

Menarik menarik!

frightrice said...

Hijau itu menawan bro :)

Blues Riders said...

memang menarik.. peluru tu pun menarik juga hehe..

frightrice said...

Blues Riders, kelongsong jer ni :)