Tuesday, 21 September 2010

The guy next door and his AK-47

Posting kali ini tiada kaitan dengan koleksi 'soda' cuma saya ingin bercerita sedikit tentang senjata kegemaran saya iaitu AK-47. Sebelum apa-apa berlaku eloklah saya mengaku saya tidak ada menyimpan senjata ini di rumah dan saya tidak pernah menyokong atau menyertai mana-mana parti komunis atau pengganas :) Ini hanyalah gambar saya di Dia Dao Cu Chi (Cu Chi Tunnel), Vietnam. 'Assault rifle' ini dicipta oleh Mikhail Kalashnikov, Soviet Union dari tahun 1944 - 1946. AK bermaksud Avtomat Kalashnikova (Automatic Kalashnikova). Dari pengalaman saya menggunakan senjata seperti M16 dan 'machine gun' lain, ternyata AK-47 lebih serasi digunakan dari segi 'handling' dan ketepatan. Bagi saya anda boleh berlari dan melompat dengan senjata 'rugged' ini (Kalaulah saya ringan sedikit). Seorang veteran Viet Cong menceritakan kepada saya AK-47 boleh dicelup dalam air bila 'overheat' dan terus boleh digunakan manakala M16 akan rosak jika dilakukan sedemikian.

Memang seronok rasanya menembak peluru hidup tetapi disebalik keseronokan itu juga saya mengingatkan diri bahawa ini sebenarnya 'a powerful weapon' yang boleh membunuh sesiapa sahaja. Terfikir juga bagaimana seseorang itu boleh tergerak hati untuk mengambil nyawa manusia lain dengan sewenangnya sedangkan membunuh binatang pun saya atau anda mungkin tidak sanggup.

4 comments:

Rasli Jaafar said...

Bro...senapang kegemaran aku tu he he

MgtBobber said...

Aku pun!!

blurguyz79 said...

tumpang sama,aku pun!!hahaha

frightrice said...

Rasli, Mgt & blurguyz79, AK-47 memang legendary! Tembak pun sodap :)