Wednesday 15 February 2012

Eastern Aerated Water Company Ltd.

Saya sempat melawat Titanic The Artifact Exhibition 100th Anniversary di Singapura baru-baru ini. Pameran ini mampu memberi kesan emosi kepada diri saya walaupun kita sedia maklum tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas 1912 ini. Satu lagi sebab saya beremosi kerana tidak dapat berkongsi dengan anda apa yang saya lihat. Pameran ini tidak membenarkan sebarang rakaman gambar, 'strictly no photos allowed' katanya.

Sedang asyik membaca email di BlackBerry, tidak sengaja pula terambil gambar ini. Secara kebetulan ianya gambar botol soda Cantrell & Cochrane. Botol jenama Cantrell & Cochrane ini turut karam bersama kapal Titanic pada tahun 1912. Jenama ini diperkenalkan pada tahun 1852, pada mulanya mereka adalah pengeluar soda waters dan spirit. Anehnya tiada sebarang botol codd yang saya nampak (mungkin  tidak dipamerkan), kalau ada sudah tentu dengan tidak sengajanya saya terambil gambar.

Ini pula bangunan Eastern Aerated Water Company Ltd. yang saya percayai dibina sekitar tahun 1936 di Geylang Road, Singapura. Pada masa itu kilang jenama kapal ini dilengkapi peralatan moden dari Amerika Syarikat yang mampu mengeluarkan 12 jenis minuman soda.

Pada September 1961, trade mark 'Ship' atau kapal ini memperkenalkan minuman soda jenama Tropi dari Jerman Barat. Tropi adalah minuman soda dari 6 jenis jus buah-buahan iaitu blackcurrant, lemon, woodruff, orange, raspberry dan apple. Ketua pengurusnya Encik Wong Meng Par bercadang mengeluarkan 36,000 botol Tropi sehari. Pada masa itu Tropi juga diekspot ke Federation Borneo Territories dan Indonesia.  

Boleh jadi Eastern Aerated Water Company Ltd. mendapat ilham jenama mereka dari kapal Titanic. Seperti Titanic, bangunan ini hanya tinggal bangkai sahaja dan tidak lagi beroperasi seperti dahulu.

"Macha, ada jumpa botol ka? Find any bottles?" Seterusnya saya dihalau dari kawasan itu (belakang kilang Eastern Aerated Water) kerana menceroboh kawasan bahaya. 

4 comments:

MgtBobber said...

Selamat kembali bro, nampaknya kau dah clear sikit semak samun dan sawang dalam blog kau ni! Haha! Info yang sangat menarik bro!

frightrice said...

Thank you.

blurguyz79 said...

sengaja lah tu tak singgah aku,sebab risau gambar botol titanic kena rampas,hehehe.

frightrice said...

Haha, so sori bro :) insyaAllah next trip aku mesti singgah, pengsan ko nanti bawak aku pusing2 Orchard.