Thursday 25 March 2010

Fraser & Neave Ltd. Singapore Codd Bottle from 1898 to 1920's

Pemburuan besar-besaran botol codd Fraser & Neave berakhir dengan melabur botol ini dari seorang collector di Shah Alam pada 15 Jan 2010. Seperti botol Hutchinson, ianya terhad dan agak sukar ditemui. Kalau di USA, botol Hutchinson menjadi barang rebutan collector. Di Malaysia pula, botol ini boleh disamakan dengan Hutchinson dari segi rarity dan value. Kalau diikutkan, negara kita tidak menggunakan Hutchinson, mungkin cuma Ho Chin Soon :)

Kalau dikatakan 'rare', otai Bro D ada beberapa jenis serta berlainan saiz dalam koleksinya. Tapi kalau ingin tahu susah senang menemui botol ini, anda boleh cuba cari sendiri atau tanyalah otai-otai yang sekian lama mengumpul botol. Kalau tanya saya, jenuh sampai bertahun mencari :)

Pada tahun 1883 John Fraser dan David Chalmers Neave telah menubuhkan 'The Singapore and Straits Aerated Water Company' yang menghasilkan minuman berkarbonat. Syarikat ini telah ditukar nama menjadi Fraser & Neave pada tahun 1898. Botol codd embossed Fraser & Neave Ltd. Singapore ini dipercayai pernah digunakan antara tahun 1898 hingga 1920an. Botol berwarna aqua ini dibuat dari kilang pembotolan WM Barnard & Sons, London. Asalnya botol ini mempunyai label kertas yang bertulis 'SODA WATER' dan 'IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING'.

Guli kaca pada botol bertindak sebagai penebat. Tekanan gas pada botol menyebabkan guli terhimpit rapat ke mulut botol seperti gabus. Gara-gara sebiji guli, botol ini selalu dimusnahkan oleh kanak-kanak. Sedikit sebanyak tindakan ini menyumbang kepada kepupusan botol ini.

Setelah lebih dari seratus tahun, gelang getah India yang diproses secara 'vulcanized' ini bertahan hingga ke hari ini. 'Vulcanized' ialah satu proses di mana getah India dijadikan lebih liat dan kuat. Gelang getah ini asalnya terletak pada bahagian dalam bibir botol. Process 'vulcanized' ini dicipta oleh Charles Goodyear pada tahun 1844 tetapi beliau tidak sempat melihat impak kejayaannya terhadap industri pembotolan air soda.

Perbandingan saiz botol standard codd 10 oz dengan botol F&N Ltd. embossed.

11 comments:

Iaryylr said...

Bro, botol soda berguli yang lama ini memang sukar didapati, tetapi tahun lepas saya membeli 2 botol sebegini bewarna hijau dan menikmati air sodanya.Saya tidak tahu sama ada keluaran semula atau edisi terhad. Saya ingin membeli lagi tetapi tidak lagi dijual di jaya jusco klang.

frightrice said...

Hi bro, kemungkinan botol warna hijau yang u minum tu air soda keluaran Jepun, sebab tu Jusco ada jual. Tapi kalau anda nak, kedai2 Jepun ada banyak jual, yang saya tau di One Utama. Saya pun kadang2 beli tapi mahal sikit, sajer nak mengetest orang cakap :)

Iaryylr said...

Hi Kembali,ialah Bro, memang air soda jepun tu,meletup dan berasap waktu dibuka, tu yang syok tu!. Saya simpan sebab unik.

frightrice said...

Hahaha, memang berasap. Mungkin F&N patut buat codd bottle ni balik sebagai collector's edition.

Iaryylr said...

memang bagus idea tu bro, saya pernah terbaca, tidak silap berita 2008, Seperti Pepsi America mengeluarkan semula Pepsi-Cola Retro dengan perisa asli.

frightrice said...

OK la Pepsi boleh buat, sama mcm Coke budget diaorg ni besar, jadi kita boleh jumpa mcm2 barangan novelty. Harap2 F&N ada dengar aduan kita ni :)

Unknown said...

kt rumah saya ada 3 botol
atas botol tulis "malaya"
yg 1 lgi tulis tahun
yg 1 lgi plak kosong x de tulis ape2
klau ada harga hubungi sy 017-4041423

frightrice said...

Mohd Zaki Omar, terima kasih berkongsi maklumat.

Unknown said...

Ape isi sebenar botol tu

Unknown said...

Ape isi sebenar botol tu

Unknown said...

Ape isi sebenar botol tu