'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Wednesday, 28 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Fraser and Neave Campbell Road
Pada awal bulan September 1903 Fraser and Neave Ltd. telah membeli 2 ekar tanah di Campbell Road untuk pembinaan kilangnya di Kuala Lumpur. Campbell Road telah ditukar name kepada Jalan Dang Wangi. Dimana agaknya tapak asal kilang Fraser and Neave di Jalan Dang Wangi ini?
Monday, 26 March 2012
1977 Matchbox Superfast
Hasil selongkar stor rumah keluarga di Kuching, Sarawak saya menjumpai beberapa mainan die-cast lama kepunyaan abang saya. Diantaranya ialah Matchbox Superfast dari Lesney Products & Co. Ltd., Made in England. Pada penghujung 1970an syarikat Lesney mengalami kerugian dan diistiharkan muflis pada June 1982.
No. 13 Snorkel Fire Engine © 1977
Sunday, 25 March 2012
Chip but nice!
Sedikit retak, kedua-dua botol ini dibeli pada harga RM150 (RM120 + RM30) sahaja dan yang penting gulinya masih berirama! Cheap but nice...
Saturday, 24 March 2012
SAF Display drinking glass
Gelas SAF Display (Singapore Air Force Display) ini ditaja oleh F&N sempena sambutan kemerdekaan Singapura yang ke 17 pada tahun 1982. Perayaan ini disertai 36 buah pesawat udara RSAF termasuk 9 buah jet F-5. Singapura pernah kehilangan 2 buah pesawat Northrop F-5 (F-5E) dalam 2 kemalangan berasingan pada tahun 1984 dan 1991.
Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew berbincang mengenai rundingan Singapura-Malaysia ke atas bekalan air dan gas pada 23 Ogos 1982.
Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew berbincang mengenai rundingan Singapura-Malaysia ke atas bekalan air dan gas pada 23 Ogos 1982.
Labels:
Fraser and Neave,
Singapore,
Tun Mahathir Mohamad
Friday, 23 March 2012
Thursday, 22 March 2012
The sword that slashed J.W.W Birch
Sedikit mengenai sejarah Melayu. Pedang ini dikatakan telah digunakan dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada tahun 1875. R.J. Wilkinson dalam bukunya Papers On Malay Subjects mencatitkan 'A spear was thrust through the tin thatch partition, and Mr. Birch was seen to fall into the water. He rose to the surface, was slashed at with a sword, and then sank finally'. Untuk melihatnya sendiri, pedang ini ada dipamerkan di Muzium Negara.
Royal Crown Cola Vending Cups
Sekitar awal 1970an, cawan kertas Royal Crown Cola ini digunakan khas untuk mesin 'vending'. Pada masa itu kita masih lagi mengimport cawan kertas Made in USA. Jenama Dixie Cup dikeluarkan oleh American Can Company, Easton Pennsylvania. Setiap kotak mengandungi 100 cawan bersaiz 9 oz.
Cawan 'vending' untuk minuman sejuk
Wednesday, 21 March 2012
Salisbury
Sebelum ini saya ada menceritakan seorang yang dikenali sedang bercuti di London, sebenarnya bukan di London tetapi secara tepatnya di Salisbury. Salisbury terletak di Wiltshire, England iaitu 137km dari London. Kali ini dia menghantar gambar-gambar ini kepada saya, katanya di Salisbury banyak kedai antik! Saya belum teruja dengan gambar-gambar ini tetapi mungkin dengan membawa balik sebiji dua botol codd akan merubah fikiran saya :)
Mesin slot coklat Cadbury (6 pence) ini sangat menarik! Mungkin 1950an.
Tuesday, 20 March 2012
What's in Chatuchak (จตุจักร)?
Sawaddee krub! Lawatan ke Chatuchak atau Jatuchak Weekend Market di Bangkok tahun lepas. Salah satu aktiviti menarik (kalau anda bukan kaki shopping) ialah chan yak gin atau makan! Datang awal, ideally around 9am to 10am to beat the crowds and the heat.
Section 1 is the place to go for old LPs and other random antiques. More secular arts and crafts, such as musical instruments and hill-tribe items can be found in Sections 25 and 26. Baan Sin Thai sells a mixture of kŏhn masks and old-school Thai toys, all of which make fun souvenirs.
Saman Islam, a Thai-Muslim restaurant that serves a tasty chicken biryani.
Gerai makanan di lokasi ini حلال. Alhamdulillah!
Satay dengan roti.
Beriani ayam.
Beriani daging, highly recommended!
Antik!
Antik lagi!!
Sekali lagi antik!!!
Lagi-lagi antik!!!!
"Sawaddee krubbb, excuse me, do you have any marble bottles?... Bottle with marble??... Marble in a bottle???... Bottle got marble inside???? Hm, nevermindlah!"
Bahangnya cukup terasa, pastikan anda minum dengan secukupnya.
Sebesar-besar market ini rasanya Amcorp Mall lebih menarik, kob kun krub!
Subscribe to:
Posts (Atom)