Monday, 31 May 2010

Sinalco 24 Bottle Wooden Carrier from the early 1980's

Peti kayu 'Drink Sinalco World Famous' ini pernah digunakan di Kuching, Sarawak sejak 1981 untuk mengangkat 24 biji botol Sinalco 250ml. Keadaan kayunya masih kukuh lagi, memang teruja bila dapat menyelamatkan secebis barangan 'soda' seperti ini :)

Beverages Sdn. Bhd., Kuching

Sunday, 30 May 2010

From nasi lemak bungkus to bottle hunting

Pada pagi Sabtu semalam saya teringin untuk membeli nasi lemak bungkus RM1 di Seksyen 14. Sebaik melalui kilang ini tiba-tiba keluarlah 'idea' lain :) Dalam hati terlanjur bawa kamera seronok tangkap gambar, manalah tau suatu hari bangunan ini akan ditukar menjadi kilang sardin pula! :) Kebetulan semalam orang pun tak ramai, maklumlah cuti panjang 3 hari. Setelah memberi lampu isyarat ke kiri saya pun meletak kenderaan di sebelah bangunan Dutch Lady. Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya temui di luar premis kilang ini.

Ini bukannya Penjara Alcatraz tapi inilah kilang lama National Aerated Water Co., (K.L.) Sdn. Bhd. yang pernah menjadi mercu tanda Petaling Jaya sejak 1964.

Aha!

Biar betol!!! Macam diletak seseorang.

Tak sangka botol Coca-Cola ACL Trade Mark Cont. 290ml ini masih boleh dijumpai tersandar di tiang pagar, condition elok lagi!

Ini pula Sinalco ACL spotted bottle model lama. Jenis yang berbintik dan emboss di bahagian tepi.

Sebahagian dari peti kayu Sinalco yang separuh tertanam, mula-mula ingat sign kecik, bertuahlah kalau ada! :)

Inilah dia 'bottle of the day'! Pergh!!! Botol ACL Kickapoo Joy Juice pendek! Inilah saki baki dari beribu-ribu botol yang pernah tersadai di sini.

Apa yang menariknya botol-botol ini masih boleh dijumpai di luar sekitar pagar. Kalau anda nak beli nasi lemak bungkus bolehlah singgah tengok, mana tau kalau ada botol-botol lain yang terlepas pandang. Apa dah jadi dengan nasi lemak bungkus? Akibat terlalu kusyuk mencari botol saya terlupa membelinya!!! :)

Saturday, 29 May 2010

About fishing and going to the fish market

Pada hari ini saya ingin bercerita tentang hobi yang dah lama menyepi iaitu memancing di tepi pantai atau di jeti. Saya bukanlah seorang fishing hustler, ikan terbesar pernah ditangkap pun seberat 5kg, itupun saya tak ingat spesis apa. Kalau dibandingkan dengan senior atau otai lain memang jauh panggang dari api kerana ada yang pergi sampai ke tengah laut, ikan yang ditangkap pula jenis rare dan mahal, saya kagum dengan mereka. Kalaulah saya ni jenis yang tidak mudah mabuk laut :)

Berbalik kepada hobi ini, saya gemar memancing bila air pasang, pada masa inilah ikan biasanya naik, memancing pun kena ada strategi, bukan main redah jer siang malam. Strategi dan kemahiran pemancing berlainan dari segi individu, umpannya pula bermacam jenis dan mata kailnya pula lain-lain. Sudah tentu otai-otai ikan dan abang-abang kita dah tau benda basic macam ni, sepatutnya saya tak perlu cakap pun. Diantara ikan yang saya biasa tangkap ialah ikan sembilang, pari, senangin, dan ikan yang entah apa spesisnya. Buat masa ni saya belum pernah tangkap ikan yu lagi :) Kalau anda ke pasar, ikan senangin boleh tahan juga harganya sekilo. Kadang-kadang saya tertangkap berbagai ikan yang pelik, ikan yang tidak dijual di pasar pun ada.

Semasa di bangku sekolah geng memancing tidak seramai geng yang minat music, bola dan snooker. Sebut snooker jer ramai la yang terhegeh-hegeh nak join, ada yang tak dijemput pun menampakkan muka, bila memancing boleh la kira dua tiga kerat yang nak ikut. Persepsi biasa bagi yang bukan kaki pancing ialah bosan, membuang masa, apatah lagi yang sanggup pergi jauh untuk mencari kawasan pancing yang sesuai, bagi mereka ini membazir wang dan tenaga, lebih-lebih lagi yang membawa balik ikan kecil seekor dua. Mungkin pelik kenapa ada pemancing masih boleh tersenyum walaupun mendapat seekor ikan kecil, memang kelakar!!!

Ada sahabat yang menegur kenapa menyusahkan diri memancing, beli jer kat pasar, melambak ikan kat pasar tu, ikan bawal putih, ikan yu, udang galah pun ada! Mungkin ada kebenarannya tetapi secara ikhlas dan jujur, si pemancing bukannya tak mampu, tidaklah sampai sebakhil atau kedekut yang disangka tapi setakat pergi pasar beli ikan tenggiri apa thrill? Kadang -kadang lebih seronok tangkap sendiri walaupun hanya ikan kembong seekor. Tapi terpulanglah kepada individu dan selera masing-masing kerana kebanyakan dari kita dan termasuk saya sendiri pun pergi pasar, nak canggih lagi pergilah shopping di pasaraya. Ikan di pasar pula berlainan jenis, ada ikan mahal dan ikan murah, yang lebih penting sekali ianya ikan dan zatnya sama-sama kita perolehi. Thrill memancing begitu subjektif bagi setiap individu, pengalaman masing-masing pula tidak ternilai oleh wang ringgit.

Seperti yang saya sebutkan awal tadi saya bukanlah seorang pakar pancing, atau pun pakar beli ikan di pasar, nak cakap pasal ikan saya bukanlah orangnya, setakat memilih ikan sardine mana yang sedap dalam tin bolehlah tanya saya. Setiap orang ada minat masing-masing, siapalah saya untuk menilai mereka. Tapi orang putih cakap, no big deal, janji ikan.

Ikan yang saya tangkap di Tioman pada 30 Januari 2006. Ikan-ikan ini semuanya dijadikan lauk pelbagai masakan. Jom memancing ikan!

Friday, 28 May 2010

Fraser & Neave Singapore Warehouse in 1964

Beginilah rupanya gudang Fraser & Neave Singapore pada tahun 1964. Gambar ini diambil 46 tahun dahulu oleh Alan Cottrell yang berusia 15 tahun. Beliau menetap di Singapura dari tahun 1963 hingga 1967.

Happy Wesak Day

Pada hari ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada rakan-rakan yang beragama Buddha dan kepada yang tengah bercuti panjang, hari ni tak pergi 'memburu' ke?

Gambar hiasan

Thursday, 27 May 2010

Matchbox 'Coca-Cola' 1955 Chevy Bel Air™ 1998

Kereta Matchbox ini merupakan model 1955 Chevy Bel Air™ yang dikeluarkan pada tahun 1998 oleh syarikat Mattel, Inc.

Specifications
Performance: Top speed of 100 mph
Engine Type/Drivetrain: Water-cooled, overhead-valve, V8
Displacement 4,343 cc (4.34 L)
Power Rating 162 hp
Transmission 3-speed manual (optional 2-speed Powerglide automatic) + reverse

Slogan Coca-Cola 'Delicious and Refreshing' ini sebenarnya digunakan pada tahun 1904. Slogan pada tahun 1954 - 1955 ialah 'For people on the go'. 

© 1998 Mattel, Inc. Made in China

Kereta model 1955 Chevy Bel Air ini hanyalah berharga US$2,166 pada tahun 1955 (V8, 2-door sport coupe). Di Singapura, kereta terpakai model Chevrolet Bel-Air 1960 pernah dijual pada harga $5000 pada tahun 1964 dan model terpakai Chevrolet Bel-Air 1957 pernah dijual pada harga $2,050 pada tahun 1965. 

Wednesday, 26 May 2010

Kickapoo Joy Juice 330 ml 'pull-tab' can

Bila kali terakhir anda membuka tin minuman seperti ini? Tentu anda pernah melalui 'incident' 'tab' putus semasa ditarik, lebih lagi waktu itu anda tengah panas kehausan. Selain terlopong tidak banyak yang boleh dilakukan :) Tin minuman Kickapoo Joy Juice 'pull-tab' 330 ml ini digunakan di Malaysia pada 1990an. Ianya ditinkan oleh National Aerated Water Co. (K.L.) Sdn. Bhd. Walaupun usianya tidaklah begitu lama tapi ada masanya kita rindu dengan barangan 'imperfection' seperti ini.

Tuesday, 25 May 2010

Coca-Cola Thermometer 1993

Thermometer ini ialah salah satu barangan promosi Coca-Cola tahun 1993 (PATENT NO. B1 4.445.789). Pada mulanya saya ingatkan jam dinding, bila sampai ke rumah barulah perasan ianya sebuah thermometer :)

©1993 The Coca-Cola Company. All Rights Reserved.

PATENT NO. B1 4.445.789

Sunday, 23 May 2010

The Distribution of Pre-War Urban Buildings in Malaysia

Bolehkah jumlah bangunan dijadikan indikasi atau ukuran bilangan barangan seperti papan iklan, botol, dan sebagainya? Kalau ada bangunan tentu ada papan iklannya. Mungkin perkara ini boleh dibincang sesama collector. Signboard Fraser & Neave sekitar tahun 1909 yang saya miliki dijumpai di Penang, mungkin negeri yang paling banyak menggantung signboard pada masa itu.

Jumlah bilangan bangunan-bangunan bersejarah sebelum perang (1800 - 1948) di Malaysia:
  1. Penang - 5,057
  2. Perak - 3,351
  3. Johore - 2,323
  4. Malacca 2,177
  5. Kuala Lumpur - 1,763
  6. Kedah - 1,282
  7. Selangor - 1,166
  8. Sarawak - 1,010
  9. Negeri Sembilan - 999
  10. Pahang - 831
  11. Terengganu - 420
  12. Kelantan - 373
  13. Perlis - 25
  14. Sabah - 10
Total: 20,787
Source: Idid (1995)

Gambar hiasan (© archiv RNDr Jim Baum)

Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau 1983

Gambar Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau ini diambil pada 31 July 1983. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Tua Sek.R.J.K.(C) Yuh Hua, Rembau Negeri Sembilan. Pada tahun ini jugalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah rendah di Malaysia. Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud.

Perhatikan pentasnya yang sangat tinggi :)

Saturday, 22 May 2010

Retro Chinese Porcelain Set (incomplete)

Kawan-kawan, mari kita berehat sebentar minum teh, nanti kita minum soda balik. Set porcelain retro (tidak lengkap) ini saya dapat secara perchuma! :) Saya bukanlah pengumpul barangan porcelain, cerita lebih pun nanti orang cakap "amende ko merapu ni mangkok"? Walaupun sebenarnya mangkuk tiada dalam gambar ni, hehehe. Set ini pernah digunakan sekitar tahun 1966, Made in China.

Made in China

Set gula dan krim

Retro Drinking Glasses (incomplete)

Gelas 'retro' corak 'diamond' zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ini pernah digunakan sekitar tahun 1966. Gelas seperti ini mudah pecah, sebab itulah agaknya tinggal sepasang sahaja :)

Friday, 21 May 2010

Bottle Caps in a Plastic Bag

Sekali imbas macam kerang tapi sebenarnya tudung botol yang saya jumpai dalam sebungkus beg plastik. Semasa menjinjing beg plastik buruk ini, seorang insan menegur saya, nak buat recycle ke? :) Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang kerana tidak semuanya diambil. Pernahkah anda mendengar atau melihat tudung Green Spot Strawberry?

'Items (Crowns/Bottle Caps) in pitted or bent condition will have little or no value unless they are rare examples.' - Allan Petretti

Thursday, 20 May 2010

A visit to an old soda factory

Ada satu cerita yang menarik, pernahkah anda mendengar pengilang ayer lamned menjadi collector ayer lamned? Kelakar, tapi inilah yang sebenarnya terjadi.

Set botol kecik ini adalah kepunyaan dan koleksi peribadi seorang tauke kilang ayer lamned. Bila menyedari botol-botol ini mempunyai value dan nilai sejarah yang tersendiri, tauke ini pun mulalah mengumpulnya. Kalaulah tauke ni awal-awal dah tau hobi ni, macam-macam botol rasanya dah ada sekarang :) Maklumlah sebelum tu pun ramai collector yang dah rembat. Tapi tak mustahil sebab tauke ada satu kilang botol! Kita apa ada?

Bagi yang ada niat untuk membeli, lupakan saja. Tawarlah setinggi mana sekalipun, botol ini strictly for display katanya. Walaupun begitu, nyonya yang baik hati (yang berada di situ) telah memberi saya sebiji botol rare sebagai hadiah untuk dibawa balik. Entah macam mana saya tercium tangan nyonya tu, happy sangat kot! Hehehe.

Sun Registered Trade Mark

Wednesday, 19 May 2010

Soda Bottle Hunting again

Gambar yang saya postkan semalam diambil oleh seorang wartawan akhbar tempatan yang turut menemani saya ke lokasi. Ini pula gambar yang diambil melalui telefon bimbit saya.

Bagi pemburu dan penyelamat botol ayer lamned yang serius, diantara peralatan yang wajib dibawa bersama ialah kamera walaupun hanya kamera telefon bimbit. Kadangkala apa yang kita lihat tidak mampu dibawa balik, cukuplah dengan membawa balik gambar sebagai rekod.

Tuesday, 18 May 2010

Headhunting for Bottles

Pada Jumaat lepas saya memburu botol di sebuah kilang air soda lama di Sarawak. Selepas mengambil pas sekuriti saya dibenarkan untuk meneruskan misi pencarian botol-botol soda lama. Kadangkala kita dikelilingi oleh ratusan atau ribuan botol air soda dan apa yang dicari tak semestinya ada tapi itulah keindahan yang ada pada hobi ini :)

Saya pelajari tayar lori tidaklah seringan yang disangka :)