Saturday, 29 May 2010

About fishing and going to the fish market

Pada hari ini saya ingin bercerita tentang hobi yang dah lama menyepi iaitu memancing di tepi pantai atau di jeti. Saya bukanlah seorang fishing hustler, ikan terbesar pernah ditangkap pun seberat 5kg, itupun saya tak ingat spesis apa. Kalau dibandingkan dengan senior atau otai lain memang jauh panggang dari api kerana ada yang pergi sampai ke tengah laut, ikan yang ditangkap pula jenis rare dan mahal, saya kagum dengan mereka. Kalaulah saya ni jenis yang tidak mudah mabuk laut :)

Berbalik kepada hobi ini, saya gemar memancing bila air pasang, pada masa inilah ikan biasanya naik, memancing pun kena ada strategi, bukan main redah jer siang malam. Strategi dan kemahiran pemancing berlainan dari segi individu, umpannya pula bermacam jenis dan mata kailnya pula lain-lain. Sudah tentu otai-otai ikan dan abang-abang kita dah tau benda basic macam ni, sepatutnya saya tak perlu cakap pun. Diantara ikan yang saya biasa tangkap ialah ikan sembilang, pari, senangin, dan ikan yang entah apa spesisnya. Buat masa ni saya belum pernah tangkap ikan yu lagi :) Kalau anda ke pasar, ikan senangin boleh tahan juga harganya sekilo. Kadang-kadang saya tertangkap berbagai ikan yang pelik, ikan yang tidak dijual di pasar pun ada.

Semasa di bangku sekolah geng memancing tidak seramai geng yang minat music, bola dan snooker. Sebut snooker jer ramai la yang terhegeh-hegeh nak join, ada yang tak dijemput pun menampakkan muka, bila memancing boleh la kira dua tiga kerat yang nak ikut. Persepsi biasa bagi yang bukan kaki pancing ialah bosan, membuang masa, apatah lagi yang sanggup pergi jauh untuk mencari kawasan pancing yang sesuai, bagi mereka ini membazir wang dan tenaga, lebih-lebih lagi yang membawa balik ikan kecil seekor dua. Mungkin pelik kenapa ada pemancing masih boleh tersenyum walaupun mendapat seekor ikan kecil, memang kelakar!!!

Ada sahabat yang menegur kenapa menyusahkan diri memancing, beli jer kat pasar, melambak ikan kat pasar tu, ikan bawal putih, ikan yu, udang galah pun ada! Mungkin ada kebenarannya tetapi secara ikhlas dan jujur, si pemancing bukannya tak mampu, tidaklah sampai sebakhil atau kedekut yang disangka tapi setakat pergi pasar beli ikan tenggiri apa thrill? Kadang -kadang lebih seronok tangkap sendiri walaupun hanya ikan kembong seekor. Tapi terpulanglah kepada individu dan selera masing-masing kerana kebanyakan dari kita dan termasuk saya sendiri pun pergi pasar, nak canggih lagi pergilah shopping di pasaraya. Ikan di pasar pula berlainan jenis, ada ikan mahal dan ikan murah, yang lebih penting sekali ianya ikan dan zatnya sama-sama kita perolehi. Thrill memancing begitu subjektif bagi setiap individu, pengalaman masing-masing pula tidak ternilai oleh wang ringgit.

Seperti yang saya sebutkan awal tadi saya bukanlah seorang pakar pancing, atau pun pakar beli ikan di pasar, nak cakap pasal ikan saya bukanlah orangnya, setakat memilih ikan sardine mana yang sedap dalam tin bolehlah tanya saya. Setiap orang ada minat masing-masing, siapalah saya untuk menilai mereka. Tapi orang putih cakap, no big deal, janji ikan.

Ikan yang saya tangkap di Tioman pada 30 Januari 2006. Ikan-ikan ini semuanya dijadikan lauk pelbagai masakan. Jom memancing ikan!

4 comments:

MgtBobber said...

Bunyi macam keluar tajuk, tapi tak keluar tajuk sebenarnya ni!! hahahaa!! hanya Jauhari mengenal Manikam!! huhuu!! Caya lah lu bro!!
Aku setujuuuu!

frightrice said...

Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci & Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik :)

Bro, hujung minggu ni insyaAllah aku pegi pasar :)

MgtBobber said...

Fulamak kau punya falsampah.. Kepasar ke, ke laut ke, janji dapat ikan.. kalau takde kat pasar kena ke laut jugak!! hehehee!!

frightrice said...

Betul tu bro... ikan kembong kalau masak 3 rasa sedap tu :)