Monday, 10 May 2010

Green Spot 24 Bottle Wooden Carrier from the late 1950's - 1960's

Peti kayu Green Spot Pasteurized Fruit Ades Not Carbonated ini mungkin pernah diguna seawal tahun 1958. Pada tarikh 30 Disember 1957, Green Spot (Borneo) Ltd. telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak. Oleh itu, peti kayu Green Spot (Borneo) Ltd. ini mula dipakai semenjak kilang mereka beroperasi pada tahun 1958. Pada masa itu Sarawak masih dibawah naungan British dan kemungkinan seawal tahun 1963 mereka telah menukar nama menjadi Green Spot (Borneo) Bhd. Pada pendapat saya peti Green Spot (Borneo) Bhd mula dipakai seawal 1963 apabila Sarawak menyertai Malaysia.

Peti kayu ini sudah tidak mampu mengangkat 24 biji botol air soda tetapi kayu usang ini masih mampu mengangkat suatu warisan sejarah yang masih tidak diketahui umum. Ianya mempunyai suatu tinggalan warisan yang mungkin hanya difahami segelintir peminat ayer lamned :)


6 comments:

MgtBobber said...

Lelehh bro!!!

Iaryylr said...

canteeeeeeek!

frightrice said...

thank you... ada masa nanti aku post lagi, tunggu...

Sya said...

tak nak jual ke peti tu?

frightrice said...

Hi sya cinta, maaf yg ni saya tak jual :)

Ada jugak rasa nak jual barang lain, tunggu...

Anonymous said...

botol tu xde yg nk jual ke