Bermacam artifak yang ditemui semasa penggalian termasuklah gagang telefon made in England tahun 1930an jenama GEC, botol soda, 'porcelain' dan berbagai jenis barangan besi yang tidak saya ketahui asal usulnya. Pet botol Coca-Cola 1.25L pun ada dijumpai atas tanah, teringat dengan sahabat saya Fitri, pakar me'restore' barangan sebegini. "Kemek macam ni boleh bikin lagi ke bro?" :)
Hati saya berdegup kencang apabila tidak sampai satu jam menggali saya menjumpai tanda-tanda awal kewujudan codd di kawasan ini. Apa yang berada di tangan saya ialah cebisan pecahan botol codd kehijau-hijauan, seronoknya tidak terkata. Untuk pengetahuan kawan-kawan, agak senang untuk mengetahui samaada cebisan kaca itu berasal dari codd atau botol kicap, kebiasaannya ketebalan kaca codd ialah 5 mm atau lebih. Dengan penemuan yang tidak seberapa ini, saya menjadi lebih bersemangat untuk mencari. Dalam hati, kalau dapat jumpa botol codd ½ badan pun jadilah.

2 comments:
Ada sambungan lagfi tak crita kau ni bro??
Nampak macam dah habis ke bro? :) Ada lagi, kasi 'saspension' skit. Aku jumpa kaca codd pecah camni pun dah 'happy' :)
Post a Comment