Minuman soda jenama YONG KEE & CO # SINGAPORE ini adalah diantara botol codd yang berjaya ditemui semasa misi penggalian tempoh hari. Di bahagian belakang botol di'embossed' 'BEST ENGLISH # IMPORTED BY # THE UNION TRADING CO # SINGAPORE & K. LUMPUR'. Agak kecewa kerana saya tidak berjaya menjumpai botol ini dalam keadaan sempurna.
Jenama Yong Kee & Co ini menggunakan lambang makhluk dongengan yang digelar 'unicorn'. Unicorn digambarkan seperti seekor kuda yang bertanduk satu di dahi yang mempunyai ekor singa. Kalau keadaannya sempurna, codd ini boleh dikategorikan sebagai 'rare'! Terdapat beberapa serpihan jenama ini dijumpai. Ini membuktikan si kuda 'unicorn' ini pernah berkeliaran bebas di negara kita suatu ketika dahulu.

Selepas dibersih menggunakan air, 'dish washing liquid' dan berus sabut kelapa :) Elak dari menggunakan berus plastik kerana ini akan mencalar balarkan codd anda. Agaknya orang putih belum ada teknologi berus sabut kelapa ini :)
BEST ENGLISH # IMPORTED BY # THE UNION TRADING CO # SINGAPORE & K. LUMPUR
3 comments:
In the orient the unicorn, usually referred to as a Ki-lin or Chi-Lin, is considered a harbinger of good fortune and a prophet of great things to come.
Cun bro.. 1st time aku tengok brand ni, maka pencarian botol untuk brand ni pun bermula untuk aku! heheee.. apa brand lagi yang kau dapat??
Aku pun 1st time jumpa brand ni, plan nak korek lagi, manalah tau ader rezeki kan? Ha... kita tunggu posting yang seterusnya. Actually taklah banyak brand codd yang aku jumpa, most of it pun dah berderai.
Post a Comment