Wednesday, 13 October 2010

Digging for codds Part 8

Botol ini ditemui semasa misi pencarian codd tempoh hari walaupun pada mulanya saya mengharapkan ianya botol 'emboss' Fraser & Neave berwarna hijau :) Saya juga tidak menafikan kewujudan F&N dengan bibir botol sebegini. Kalau kita kaji penemuan botol I.A.W.F. PENANG di Simpang Taiping oleh sahabat kita Eis'Antique, botol ini mempunyai jenis bibir yang sama iaitu 'applied blob'. Mungkin jenis botol ('applied blob') ini tidak lama digunakan, mungkin inilah botol 'missing link' diantara codd & crown cap tetapi mungkin juga tidak semua jenama menggunakannya. Banyaknya saya berkemungkinan di sini, Wallahualam :)

Kebiasaannya botol lama sebegini akan mempunyai 'bubble' pada bahagian dalam botol. Di luar negara, 'bubble' kaca sebegini menjadi kegilaan sesetengah 'collector'. Lebih banyak 'bubble' lebih tinggi nilainya. Kalaulah botol ini mempunyai tulisan Fraser & Neave diatasnya, tentulah nilainya tidak sama :) Tetapi bak kata Forrest Gump 'Life is like a box of chocolates. You never know what you're gonna get'.

No comments: