Tuesday 16 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Mungkin jarang bagi saya menunjukkan koleksi berkelompok tetapi inilah sebahagian dari koleksi codd yang saya ada dari jenama yang sama. Bukanlah niat untuk menunjuk betapa banyaknya koleksi codd Kinta, Coca-Cola ataupun F&N yang ada tetapi bagi saya informasi lebih penting berbanding dengan quantity barangan! Sebab itulah rasanya saya memilih untuk menjurus tumpuan kepada satu botol. Tidak semua dari botol-botol ini 'perfect' tetapi saya tetap menghargai setiap satu darinya walaupun hanya tinggal cebisan. Terdapat beberapa jenis codd Kinta Aerated Water selain dari apa yang telah di'post'kan sebelumnya. Di sebalik persamaan terdapat kelainannya, insyaAllah saya akan cuba jelaskan di 'posting' yang akan datang dalam versi saya.

Bukanlah hendak berlagak bijak cuma apa yang saya tulis semuanya hasil input dari kawan-kawan, dari internet, dari buku yang saya ada dan juga sedikit pengamatan sendiri. Kalau kita berkongsi ilmu rasanya banyak lagi input yang boleh kita huraikan. Wikipedia berjaya bukan kerana mereka tahu semuanya tetapi mereka berjaya disebabkan input yang diberi oleh berbagai pihak maka terhasillah suatu informasi yang berguna. "Kalau takde passion pun aku rasa tak dapek dibuatnyer blog ni yang dah pun sampai posting yang ke-200, tu jerlah yang bagi motivasi stakat ni!". Kalau anda mencari recipe nasi goreng di blog ini ternyata anda tersalah masuk blog :)
 

4 comments:

Spallan said...

Wahhh, "...dari kiri, bertiga-tiga, cepaaat jalan". Syabas bro.

frightrice said...

Hahaha, thanks bro.

MgtBobber said...

Ya bro.. seeloknya kita berkongsi makhlumat, dan menaikkan mertabat koleksi botol Malaya kita yang dasyat ni.. Ahli geologi pun kalau tak berkonsi makhlumat akan makan tanah berlaukkan batu je sampai bila-bila!

frightrice said...

Thanks bro, panas maksud tu :) Kalau kita sendiri tak buat, nak tunggu siapa lagi?