Friday, 19 November 2010

Time machine

Saya pernah bertanya rakan-rakan pengumpul, kalaulah mereka diberi peluang beberapa jam untuk kembali ke zaman lampau, apakah barang yang akan dibawa balik? Seperti saya juga, botol, papan iklan, jam tangan, emas dan barang-barang lain habis disebut, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk melabur dalam saham orang putih supaya kelak namanya masih tertera sebagai 'share holder' :) Kalau betullah kita boleh kembali ke zaman itu dan kita telah pun menukar pakaian rasanya sekali imbas orang akan tau kita lain dari yang lain, mana taknya, rupa paras lain sedikit, rambut, bau badan, ketinggian, dan bahasa boleh menjadi faktor kelainan. Bagaimana pula layanan orang tempatan dan layanan penjajah kepada kita? Bukan senang untuk mengumpil papan iklan sesuka hati, mengambil botol tanpa bayaran, maunya dipelangkung dek tauke Cina ala-ala Wong Fei Hong. Mungkin sebelum masuk ke era itu anda sudah menyiapkan diri dengan membawa wang Straits Settlements yang anda beli dari kedai antik. Sudah tentulah anda terasa kaya, maklumlah semuanya main sen sahaja. Apapun kemungkinan, ini hanyalah perbualan kosong semata-mata. Mungkin ini sebabnya saya mengumpul barangan sebegini kerana mustahil kita boleh melakukannya :)

No comments: