Monday 13 December 2010

Dilema Amcorp Mall

'Flea market' di Amcorp Mall masih beroperasi sejak 1998 dan rasanya saya menjadi pengunjung setia Amcorp sekitar awal 2001. Harga botol emboss pula tersangatlah murah pada masa itu, kalau bawa RM50, mungkin boleh balik dengan dua biji botol :) Masa tu pun 'complain' mahal bila botol cecah RM30. Biasanya saya beli dan 'trade' botol dari Thien, malangnya beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Kebanyakan botol yang dibawa mendiang Thien boleh pengsan dibuatnya. Tidak lupa juga kadang-kadang dapat botol ehsan dan 'trade' dengan Megat Shazrin.

Saya biasa melepak di kedai Megat (Putri Antiques) di Shah Alam sebab pejabat pun dekat, banyak yang saya belajar darinya dan rakan Mohd Iruadee. Kalaulah anda berpeluang mengunjungi kedai Megat waktu tu, tidaklah keterlaluan kalau saya katakan seperti museum, botol tak payah cakaplah, sayangnya tiada digital camera. Koleksi Mohd Iruadee pun boleh tahan dasyatnya. Blog pun belum wujud lagi, kedai Megatlah dijadikan 'reference'. Ada juga collector lain yang saya cuma dengar nama sahaja. Masa tu 'frightrice' hanyalah nama kumpulan 'punk rock' yang saya tubuhkan pertengahan 1990an di kolej :)

Saya ingat lagi, bermacam barangan 'rare' yang ada di Amcorp, masa itu tidaklah boleh dikatakan 'rare' kerana barang yang sama boleh jumpa setiap minggu :) Sekarang jangan haraplah ada lagi :) Papan iklan pun hanya beratus harganya. Dulu saya collect barangan 'military' seperti 'helmet' WWII, oleh kerana susah nak dapat, lama-kelamaan hobi ini agak menyepi :) Kadang-kadang saya masih suka dengan barangan 'military', mungkin ada masanya saya postkan koleksi 'military' yang ada tapi tidaklah banyak. Orang cakap berpenunggu, alhamdulillah hingga sekarang tiada sebarang kejadian mistik yang dialami.

Hari ni saya masih melihat muka-muka lama di Amcorp termasuklah saya sendiri, kebanyakannya muka-muka baru. Ada kalanya terasa mereka melihat saya yang baru walhal dulu tak pernah nampak pun :) Pernah sekali tu saya ingin membuka meja dan bertanyalah kepada salah seorang peniaga di mana nak tengok no. meja? Dia terus melenting, dengan broken englishnya berkata, " This my table!". Amboi, aku tanye jer bukan nak ambik meja dia, masa tu dia pakai baju logo Captain America, lagilah geram aku tengok. Semacam target yang boleh ditembak tepat! :) Kalau beginilah cara berniaga siapa yang berani beli barang darinya?

Pagi itu saya datang awal, carilah no. meja. Nak cari no. meja mengingatkan semasa sekolah rendah, cari nama kelas mana nak masuk di papan peringatan. Tak sangka hingga ke hari ini masih dipraktikkan di Amcorp. Saya cadangkan agar menggunakan khidmat SMS, tak mahal rasanya SMS dan lebih efektif rasanya di zaman yang serba moden ini. Berapa sen sangatlah satu SMS bagi setiap bayaran yang diterima. Memang malang sedikit pada hari itu kerana nama saya pun tiada dalam notis :) Berkali-kali telefon pihak pengurusan dan akhirnya dapat juga. Yang menariknya dia baru lepas sarapan dan saya disuruh melihat senarai sekali lagi, kononnya saya tak tengok betul-betul. Saya cakap, "I'm in front of the list, you are not and right now my name is not in the list?". Sebenarnya nama saya memang tiada dalam senarai tetapi disalah letak nama orang lain. Akhirnya saya berjaya juga menjumpai meja atas nama orang lain, terima kasih!

Baru-baru ini saya terdengar keluhan dari rakan-rakan peniaga dan collector. Walaupun kurang pasti 'detail' masaalah mereka tetapi rasanya pihak Amcorp haruslah peka dan sensitif terhadap keluhan mereka. Merujuk kepada website Amcorp 'the main attractions in Amcorp is the weekly flea market selling various items from arts and crafts to collectibles, as well as second-hand items and clothes'. Di sini bolehlah kita katakan tarikan utama Amcorp Mall terletak pada 'flea market'nya, saya percaya mereka tentulah lebih bijak menangani sebarang masaalah bagi menjaga prestasi yang sedia ada. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Semasa zaman punk rawk dulu, boleh katakan setiap minggu Atria menjadi tumpuan band underground tapi sekarang saya hanya ke sana untuk beli buku atau majalah, tiada lagi gig seperti dulu. Kalau boleh, saya tak maulah lepas ni terpaksa pula berkunjung ke mall lain untuk bertemu dengan geng-geng collector. Leceh!

2 comments:

MgtBobber said...

Bro.. kalau pihak pengurusan tak peka dengan keadaan dan bersikap 'pilih bulu' serta tak 'sedar diri' yang Amcorp ni terkenal kerana apa, satu hari pasti orang angkat kaki.. Harap-harap tak la sampai ke tahap tu.. Kita pun dah lama kat situ, dah jadi sebahagian dari kehidupan kita.. Jangan buat orang terdesak nanti sudahlah..

frightrice said...

Exactly bro, pengurusan juga perlulah lebih professional dan bersifat adil kepada semua pihak.

Dengan adanya jaringan network dikalangan collector melalui blog & facebook, sedikit sebanyak membantu prestasi Amcorp Mall serta kedai-kedai tertentu, mereka tak boleh nafikan penglibatan kita semua. Tak kiralah apa jenis barang yang anda collect sekali pun, kita sekarang dah advance, saya harap mereka faham.