Tuesday 14 December 2010

Muhtar Kent

“SAYA tidak pernah mengimpikannya.’’ Begitulah kata Muhtar Kent, 58, ketika ditanya perasaannya menerajui sebuah organisasi global bernilai AS$70 bilion (RM217 bilion) dan beroperasi di lebih 200 negara.

Muhtar merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola berbangsa Turki dan beragama Islam yang pertama menerajui syarikat gergasi itu.

Beliau dan dua peneraju sebelumnya, merupakan orang asing yang diberi kepercayaan menerajui Coca-Cola berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), untuk mengendalikan puluhan ribu kakitangan terdiri daripada pelbagai budaya, sosiologi dan perbezaan politik.

Jadi tidak menghairankan, penerimaan negara terhadap jenama Coca-Cola adalah lebih besar daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang hanya dianggotai 196 negara ahli.

Utusan Online # 08/11/2010

Muhtar Kent (sebelah kanan)

9 comments:

MgtBobber said...

Tang button tak tahan tuu!! hahahaa..

frightrice said...

Itulah bro, pengsan!

Tahun depan Coca-Cola sambut ulang tahun yang ke 125, kenalah tengok2 apa yang ada :)

blurguyz79 said...

bintang merah tu...jangan main2,hahaha.

MgtBobber said...

Jangan bintang tiga dah la bro!! hehee..

MgtBobber said...

Dengar cerita pelancaran kilang baru ni Coke akan keluarkan botol 'comemorative'??(betul ke ejaan aku tu??)

frightrice said...

blurguyz79, button baru besar mcm ni mana nak carik?

frightrice said...

MgtBobber, buleh la tu bro :) Oh ye ke? Bila agaknya diaorg nak lancar kilang baru?

Anonymous said...

Coke ni air dia macam tak sedap dah. Kalu dulu, Coke yang tumpah belengas kat jari tau. Tapi sekarang, coke tak belengas dah. Agaknya dia tak campur gula kot

frightrice said...

Naisophon X, entahlah, rasanya macam tu jugak kot. Tapi yang pasti rasa Coke dari botol kaca lebih sedap dari tin atau pet :)