Saturday 9 October 2010

Digging for codds Part 4

Selama mengenali codd atau botol guli ini, saya selalu mengimpikan penemuan botol kuno ini dalam tanah dan tidak terlintas di fikiran bahawa saya boleh menjumpainya dengan daya usaha sendiri, syukur Alhamdulillah. Mungkin ada banyak lagi kawasan yang belum diterokai tetapi ini tidaklah bermakna anda boleh menggalinya di mana-mana sahaja :) Untuk pengetahuan anda saya juga pernah gagal dalam misi pencarian codd ini, balik dengan tangan kosong tetapi inilah asam garam dan bagi saya 'thrill' bagi seseorang 'collector'. Codd yang saya miliki setakat ini biasanya dibeli dari kawan-kawan atau dibeli dari kedai antik, terus terang saya katakan pengalaman menjumpainya sendiri sangat luarbiasa :)

Setelah berjam-jam menggali, rasanya lebih dari 20 keping cebisan pecahan codd yang saya jumpai dan akhirnya saya sampai kepada pecahan codd yang lebih besar tetapi tidak sempurna. Mungkin ada lagi codd yang lengkap dibawah sana tetapi masa tidak mengizinkan kami untuk terus menggali. Kita ikuti sambungan cerita saya di 'posting' yang seterusnya.

3 comments:

Spallan said...

semakin "hangat" sahibul hikayat nih...

MgtBobber said...

Bro, brand apa codd tu??

frightrice said...

Spallan, jangan hangat2 taik ayam sudah :)

Mgt, nanti aku kasi 'posting' khas pasal botol2 yang aku dapat ni.