Tuesday, 12 October 2010

Digging for codds Part 7

Sehebat makhluk mitos yang bernama unicorn, si kuda berekor singa dan bertanduk satu, ianya tumpas juga kepada sang singa. Apa yang saya maksudkan ialah F&N masih bertahan hingga ke hari ini tetapi kemana hilangnya unicorn, burung phoenix, sang naga dan lain-lain lagi? :)

Botol Fraser & Neave Ltd ini pernah digunakan di negara kita sejak tahun 1898 hingga 1920an. Boleh dikatakan semua botol codd tidak dihasilkan di negara kita tetapi kesemuanya diimport dari negara Eropah. Botol ini dikeluarkan oleh William Barnard & Sons, London. Kos untuk membawa masuk botol-botol ini tentulah mahal tetapi pada awal abad ke 20, permintaan terhadap minuman ini sangat menggalakkan. Merujuk kepada akhbar yang bertarikh 19 March 1900, mesyuarat Fraser & Neave melaporkan 'A most creditable and wholesome report, showing that money is to be made out of the drinks of the people!'.

Botol yang sudah berkecai ini dijumpai dalam tanah. Mungkin nilai atau 'value'nya tiada lagi namun bagi saya nilai sejarahnya masih tetap unggul, tidak sampai hati rasanya untuk dibuang. Biarlah ia diletak dalam cermin kaca bersama-sama codd yang lain :)

Botol ini juga dibersih menggunakan berus sabut kelapa yang canggih, lihat hasilnya di bawah :)

2 comments:

MgtBobber said...

Dasyat bro!! aku sendiri pun tak pernah korek tanah jumpa botol codd!! Tahniah!!!

frightrice said...

Thank you bro, esok lusa hari kau pulak, insyaAllah.

Aku harap lepas ni ramai lagi geng kita yang akan jumpa codd yang kita tak pernah nampak. Its proven codd memang ada dalam tanah, start digging guys!