Tuesday, 5 October 2010

Digging for codds Part 1

Agak lama juga saya tidak memburu, bagi yang sudah lama mengikuti blog ini kita sedia maklum saya bukan memburu binatang liar walaupun peluang terserempak dengan ular atau babi hutan itu ada :) Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang hasil pemburuan botol saya pada hujung minggu lepas. Panggillah apa sahaja tetapi saya akan memilih untuk berpakaian serba lengkap untuk memburu :) Terpulanglah kepada anda kalau hendak berselipar atau apa, itu hak dan kaki anda, hehehe. Bagi saya, kasut but getah ala Phua Chu Kang (鬼馬家族) itu suatu kemestian, sarung tangan, topi 'cowboy' anyam dan 'insect repellent', nah! Anda sudah bersedia untuk berperang bermati-matian :) Oh ya! Jangan lupa senjata-senjata anda, saya memilih cangkul mini, senang dipakai dan yang penting sekali anda tidak mencederakan botol semasa menggali.

Sampai ke lokasi (lewat tengah malam), saya serta 2 orang kawan tidak sabar untuk me'recee' kawasan pemburuan. Dengan tidak berbekalkan apa-apa peralatan (cuma lampu suluh) kami pun memulakan 'scanning'. Dalam keadaan yang gelap dan kurang menyenangkan itu dengan tidak semena-mena saya ternampak benda berkilat terbonjol dari tanah, botol hijau! Dengan sebelah tangan saya cuba mengorek botol tersebut tetapi mampat, tanah liat! Pada masa yang sama jari saya sedikit tercedera, dalam hati...'rilek la bro :)'. Dengan menggunakan batu kecil, saya pun mengorek dengan perlahan dan berhati-hati. Berkat kesabaran, botol ini dapat dikeluarkan dengan keadaan sempurna. Mula-mula ingat botol kicap tetapi bila melihat bibir botol, alhamdulillah, botol kuno jenis 'applied blob' (Mungkin tahun 1920an keatas)! Ini suatu bukti menunjukkan bahawa mungkin inilah kawasan yang dicari-cari selama ini. Secara ikhlas, saya tidak pernah dan mungkin tidak terfikir untuk menjumpai codd dalam tanah. Betul ke? Kita sambung di 'posting' yang akan datang.
 

4 comments:

Rasli Jaafar said...

Benda2 yg tertanam dalam tanah ni boleh diketegorikan sebagai Harta karun he he....syhhh! jangan sampai orang Muzium tau...

frightrice said...

Selama ni muzium tak buat aper pun? Hehehe.

Spallan said...

...bak kata oghang putih, "the plot thickens...", bak kata saya "cepat posting bro, tak tahaaan..."

frightrice said...

Hahaha, 'the plot thickens', i like it :)

Qui-Gon Jinn pernah berkata "Remember, concentrate on the moment. Feel... don't think. Use your instincts". :)