Saturday, 11 December 2010

Mana racket saya?

Terus terang saya katakan sebenarnya saya tidaklah berapa minat nak me"nyemash" dan mencari kesalahan orang lain. Mereka ini biasanya pakar bermain badminton, pandai mencari ruang kelemahan, pandai mengumpan dan pantang diberi bola tanggung, 'Smash'! 'Smash'! dan "Semash"! Tak bagi peluang langsung orang lain yang baru nak belajar main. Asyik-asyik dia "jer" hero Tamil walhal semua orang tau dan terbukti dia ni jaguh kampung! Pemain yang tengah minum air pun di'smash' luar gelanggang, kesian saya tengok, lepas tu bersorak-sorak macam kerbau baru dapat bini. Hai, siapa berani tegur, kerbaulah katakan, mendengus-dengus, tak pasal-pasal penonton pun kena tanduk.

Saya yang berselipar jepun dan tidak bermain pun di'smash' juga tapi yang peliknya 'smash' 'out' pun bersorak! Tak boleh ke main badminton elok-elok? Macam nak rak dibuatnya, saya pun tak faham :) Nampaknya saya kena cari kasut badminton saya, entah mana racket saya letak. Saya kena cari juga!!! Walaupun saya bukan jaguh kampung, pernahlah saya main untuk wakil kelas sekolah menengah. 'Service over' kan? Baiklah!

13 comments:

blurguyz79 said...

bro FR,jom kita bergu.biar kalah yang penting asalkan semangat "kesukanan"

Iaryylr said...

ya, betul kata blurguyz97, tambah kalau perseorangan tewas, bergu mungkin boleh menang, jika keduanya kalah asalkan semangat 'kesukanan'. Teringat pulu dulu ada tonik yang begitu popular diMalaysia yang akhirnya diharamkan,

frightrice said...

blurguyz79, hoh! Sebenarnya aku malas nak main badminton ni, penat! 'Anyone intending to improve his badminton game must take a comprehensive approach to fine-tuning his athletic abilities that incorporate both proper nutrition and a regimen of cardiovascular exercise'. Zaman sekolah menengah dulu bole la celen.

Baru2 ni buleh pulak cakap aku ni besor kepala & tunjuk pandai! Yang best tu 'anonymous' pulak tu, cara macam ni harus bagi pangkat kepujian :)

frightrice said...

iaryylr, baru2 ni aku nampak Razif Sidek makan kat Original Kayu Nasi Kandar, aku rasa dia pun dah tak larat main badminton sekarang :) Legend tu!

jakionline inc said...

racket pesyen ni kalau buat smash lalat .. boleh tercabut bulu kepak .. hehe

Fitri Osman said...

Wow!!! Racket ni kena cari balik. Walaupun pun racket ni berat skit, smash dia power luar biasa tak macam yonex skang...hang cari bulu tangkis yg dah bulu serabai2, try la smash..silap2 bulu tangkis dah nak out terus in swinger masuk balik court kalau pakai racket ni..koman2 pun bulu tangkis tu duk di base line...hehehe..

Aku pernah tengok game badminton budak opis aku main tournament..Budak opis aku ni menang. Yang kalah tu frust baling racket mahal dia tu ke lantai. melantung kena muka empire..tak pasal-pasal empire lebam kat kening mata dia..Racket tu bengkok. Apa salahnya bagi je kat penonton..

Bro jakionline kata smash lalat boleh tercabut bulu kepak. Tapi aku suka racket yg ada karen ( electrik ) yg dijual pasar malam tu.. Meletup-letup kalau smash lalat..hehehehe...

frightrice said...

jakionline inc, lalat ni kdg2 susah nak semash, kejap2 dia terbang hilang, pas tu datang balik kacau, rasanya spesis langau kot :)

frightrice said...

Fitri, 'sore loser' mcm tulah bro, bila kalah mulalah baling racket :) Bila kita semash balik terus merajuk balik rumah taknak main walhal kalau dia smash kita banyak kali takpa pulak, whui! Paling best sekali boleh cakap kita yg 'foul', lahabau betul!

frightrice said...

Oh ya, pada 18 Ogos lalu saya pernah menulis tentang 'sore loser' ini.

http://ayerlamned.blogspot.com/2010/08/sore-loser.html

wan said...

Tumpang lalu.Put it to rest lah bro frightrice.It aint gonna bring any gud to all and sundry.Lagi baik kita continue to share knowledge, experience and information(kepada yang mahu share) which can be beneficial kepada rakyat jelata di negaraku tercinta malaysia dan juga seantero dunia.Yang ini ada untung dapat pahala.So make a wise call my fren.Tak rugi aper pun.
Kekadang tu sensible ignorance can be a bliss.

p/s just my humble opinion.

frightrice said...

Bro Wan, thank you for your comments & I do appreciate your concern as a friend and observant, in fact I’m totally with you bro :) Things were getting rather annoying lately & I couldn’t help but to express my thoughts to it, I apologize for the slight commotion & disruption to the blog. As the saying goes, kalau salah kita tegur elok2 but somehow I can’t blame myself for being sarcastic bro. Don’t get me wrong, I love my negara and I do love my bangsa very much & I’ve got nothing to proof against them but the thing is, would you get the same response from them? Ignorance can be a bliss but awareness can lead to understanding.

Bila nak minum teh tarik bro? Hari tu kat Amcorp jumpa kejap jer :)

wan said...

I like the line" awareness can lead to understanding".cool.
My sincere hope remains the same,that everyone finds peace!

frightrice said...

Thanks Wan. Sebenarnya banyak lagi isu penting yang perlu kita tangani bersama, probably I have to do my own political blog one day :)

Benda remeh-temeh dengan diaorg ni insignificant sebenarnya, don't take it personal :) Peace!