Tuesday, 14 December 2010

Welcome to Fantasy Island

Masihkah anda ingat siri tv 'Fantasy Island' yang ditayangnya sekitar awal 1980an? Mungkin ada yang ingat-ingat lupa, sebenarnya saya sendiri tidak berapa ingat cerita ini tetapi saya ingat bila si Tattoo menjerit "The plane! The plane!" dan bila Mr. Roarke berkata, "Welcome to Fantasy Island!".

Tanpa diduga, rancangan ini mengingatkan saya tentang dua orang hero yang wujud di alam serupa fantasy island ini :) Rancangan ini berkisar tentang pengunjung yang datang ke pulau fantasi tersebut, kadang-kadang terasa sayalah diantara pengunjung pulau misteri itu, pelik betul, anda pula bagaimana? Biasanya 'host' pulau itu iaitu Mr. Roarke akan cuba mengajar pengunjung tentang erti kehidupan dan banyak pengajaran yang dilalui semasa mendiami pulau tersebut. Si kerdil Tattoo pula ialah pembantu kepada Mr. Roarke, kerja utama beliau ialah berlari ke menara loceng dan menjerit "The plane! The plane", kecoh memberitahu kedatangan para tetamu. Jangan tergelak dahulu, biarlah saya menghabiskan penceritaan, 'kamu' seriouslah sedikit :)

Ya, berbalik kepada kisah di pulau fantasi ini, saya membayangkan sayalah diantara pengunjung pulau tersebut. Pengalaman saya pula mungkin berlainan dengan pengunjung lain, fantasy islandlah katakan. Mula-mula kononnya nak berkongsi ilmu tapi kebanyakan yang saya nampak hanyalah untuk menunjuk-nunjuk apa yang ada di pulau itu. Orang kampung saya cakap "taik paw" lebih! Yang tak berapa seronoknya saya yang diseranah balik dan diserang secara 'personal' kerana memasuki pulau itu, saya dituduh tunjuk pandai :) Kesimpulan bila kita keluar dari pulau itu, apa yang kita dapat hanyalah fantasi semata-mata. Fantasinya ialah bila saya dikaburi oleh cerita tokok tambah yang tidak masuk akal dan cerita yang dibuat-buat. Tanpa kita sedari fantasi itu hanyalah rekaan mereka sahaja yang kononnya macam bagus, kebanyakannya bertujuan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Ada orang adalah dia, "welkam to Fantasy Island!" :)

Fantasy Island TV intro (1978)

7 comments:

blurguyz79 said...

bro FR,aku pun salah seorang pengunjung di pulau fantasi.Pengalaman yang aku dapat masa tu memang menyeronokan dan merasa bertuah ke pulau tersebut...malahan aku bangga.Bermacam-macam info dan maklumat serta nasihat masih segar di ingatan.tetapi sekarang...kasihan,indah khabar dari rupa.biar macam mana pun...terima kasih pulau fantasi kerana beri aku peluang jadi pengunjung.

afzarizal said...

kahkahkah bro..ko ni memang buat lawak la..tak boleh tahan beb tengok si kerdil tu yang tekinja2 menjadi orang suruhan mr roake tu..kesian pun ada..nak buat macamana,kalau tak mengampu tuannya,tak dapat lah barang2 yg rare!hahaha

frightrice said...

blurguyz79, patutlah saya pernah nampak kamu di sana, kamu ni... :)

Kadang2 crita untung besar 2-3 tahun lepas boleh cakap untung hari ni, berkontena banyaknya crita mcm ni. Yelah, Fantasy Islandlah katakan :)

frightrice said...

afzarizal..kamu jangan besar kepala tunjuk pandai sangatlah.

frightrice said...

Eh-eh afzarizal, lupa pulak nak letak 'anonymous' :)

The plane! The plane! Hehehe...

afzarizal said...

kamu ni nasi goreng,jangan lah menembak saya yang setahun jagung ni besar kepala..tapi memang betul,ada banyak rahsia mereka yang saya pegang..barang dapat di tempat lain,dikelentongnya dapat kat tempat lain!haru..haru..biasalah saudagar penipu memang macam tu..ditambah pula dengan penyokong taik yang setia hahah!

frightrice said...

afzarizal, merujuk kpd kamus DBP skali lagi kentut bermaksud angin yang keluar dari jubur. 'Source' dia kita kena tau keluar dari mana :)