Wednesday, 10 March 2010

Chong Kim Eng from Sarawak

Jenama soda Chong Kim Eng beroperasi pada awal pemerintahan Rajah Charles Brooke (1868 - 1917) ditubuhkan sejak 1876.

Botol dari sebelah kiri sekali ialah jenis codd aqua (7 oz), kemungkinan ini model botol yang pertama digunakan sekitar tahun 1876. Di bahagian belakang botol di'emboss' trade mark yang berbentuk dua tangan 'Sole Agent' 'The Union Trading Co.' 'Singapore & K. Lumpur'. Botol yang mungkin berusia 134 tahun ini ditemui di Melaka. Mengikut sumber 'marketing strategy' apek yang menjual botol ini kepada saya, botol ini ditemui dalam laut :)

Botol tengah dalam gambar ialah jenis crown cap 'embossed'. Botol kanan pula jenis crown cap 'Applied Color Label' (ACL) yang mempunyai slogan 'Delicious Cat Brand Drink'. Botol tengah dan kanan (Singapore Glass) dikenali sebagai ‘aik belon’ di Sarawak. 'Belon' bermaksud kapal terbang. Kenapa kapal terbang? Nanti saya ceritakan di episode akan datang. Saya rasa ‘The Cat Museum’ Kuching wajib menyimpan botol 'Trade Mark' kucing dari Sarawak ini.







Botol 'aik belon' yang 'ol skool' sudah agak sukar ditemui di Sarawak, kebanyakan yang dipakai sekarang ialah botol baru. Kalau anda berkunjung ke Sarawak, carilah botol 'ai' belon' ini, mana tahu terjumpa botol klasik.

No comments: