Tuesday, 23 March 2010

Rare!

"Barang ni rare beb! Ini banyak rare oo encik! This is rare bro! Pergh, giler kau, rare ni! This is very-very rare!" Anda tentu pernah mendengar ungkapan ini dalam berbagai bentuk tapi maksudnya sama iaitu 'Rare'! Anda mungkin juga pernah mendengar ungkapan dari mulut penjual yang ingin melariskan barangan yang kurang laku atau dari collector yang perasan habis barang dia 'rare'! Tapi kalau bab perasan ni, tak boleh nak tolong :) Jadi bagi yang kurang berpengalaman teruslah percaya dan tertipu gara-gara 'rare' ini!

Mengikut penulis Diane Hamments, 'almost any type of object can become a rare collectible, if scarce enough'. Contoh bila situasi ubat gigi anda hampir kehabisan stok dan anda tidak dapat keluar dari bilik mandi kerana banyak hantu zombie Jerman (Nazi) berkeliaran di dalam dan sekitar rumah. Dalam situasi horror ini, saya rasa anda boleh kata ubat gigi anda rare! Tapi... jika anda berjaya keluar dari bilik mandi dan menembak kepala zombie ini satu persatu dengan shotgun, maka ubat gigi anda bukan lagi dikategori sebagai rare kerana anda boleh berlari ke Tesco dan mengambil setrolley ubat gigi Darlie. Anda juga tahu yang anda boleh dapatkan lagi di kedai runcit kampung anda, di rumah jiran, dan sebagainya. Mungkin ini bukanlah cerita yang sesuai dan munasabah untuk dibuat perumpamaan tapi situasinya lebih kurang.

Bagi saya orang yang layak guna perkataan rare ialah orang yang dah lama keluar dari bilik mandi, orang yang dah mahir guna shotgun, orang yang faham sifat-sifat zombie dan orang yang pernah bersemuka dengan zombie, diaorang ni tau apa yang diaorang nak cakap! Jadi bagi yang hanya duduk dalam bilik mandi, layakkah dia guna ungkapan 'Rare!' ini untuk satu-satunya ubat gigi yang dia ada? Boleh dan layak adalah dua maksud yang berbeza.

Atas permintaan Bro Ahmad Kamil, this is for you bro. Maaf kalau ada yang kecik ati, niat saya bukan untuk mengenakan sesiapa. Tapi walau apapun buat-buatlah keluar dari bilik mandi tu wei!

Ini hanya gambar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa

3 comments:

en mat said...

tergelak aku sorang-sorang bro, baca hang punya story rare..wa takut nak keluar bilik mandi bro, bukan takut kat zombi nazi tapi takut sesangat kat zombi kampung pisang...he he he

frightrice said...

Hehe, zombi kampung pisang lebih 'rare' dari zombie nazi :)

en mat said...

aku setuju dgn hang, zombi kg pisang lebih RARE kerana hantu melayu dah wujud ratusan tahun sejak 1511, sedangkan zombi nazi wujud lepas world war II..he he he