Tuesday 16 March 2010

L.A. Stone Soda Water Torpedo Bottle

Saya memperolehi botol jenis 'torpedo' ini beberapa tahun lepas dari seorang pelukis terkenal semasa melawat galeri beliau. Beliau menggantung beberapa biji botol torpedo (seperti lampu siling) sebagai hiasan. Setiap mulut botol diikat pada tali kapal yang panjang dan juga pendek, anda bayangkan botol ini disusun bertingkat-tingkat, memang cantik!

Pada mulanya secara ikhlas saya memuji creativity artist tersebut. Siapa terfikir hendak menggantung botol seperti ini, lebih-lebih lagi botol torpedo dan bukannya botol kicap! :) Lepas tu barulah saya puji botol dia... nak dicepatkan cerita beliau memang tidak menjual botol-botol ini. Puas saya memujuk dan akhirnya kerana simpati yang teramat sangat beliau setuju menjual sebiji kepada saya dengan harga yang agak murah. Setakat nak jual sebiji, beliau tak perlu tekan harga tinggi kerana lukisan di galeri pun mencecah belasan malah puluhan ribu ringgit.

Inilah botol yang telah saya beli, L.A. Stone Soda Water. Saya langsung tidak mempunyai info mengenai botol ini. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat dengan saya. Mengikut Digger Odell, harga botol yang serupa adalah diantara US$100 hingga US$500. Kalau anda ditawarkan dibawah RM100, tunggu apa lagi? :) Untuk pengetahuan kawan-kawan, pelukis ini telah pun menurunkan hiasan botol beliau, agaknya ramai yang nak beli atau beliau sudah tahu nilainya yang sebenar.


Saya terbaca dalam internet seorang yang bernama Mike mempunyai botol yang sama. Mike memperolehi botol ni semasa scuba diving dekat Sacramento, California. Botol ini buatan Amerika, mungkin dari East Coast glasshouse.

No comments: