Sunday, 28 March 2010

Tarzan Trade Mark Kopitiam Cup

Kopitiam berasal dari perkataan Melayu 'kopi' yang telah dipinjam dan diubah suai dari perkataan Portugis dan 'tiam' pula loghat Hokkien bermaksud kedai. Di Malaysia, kopitiam biasanya khusus untuk kedai kopi Cina walaupun kedai kopi Melayu ada menggunakannya. Kopitiam amat popular di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan Singapura. Mungkin kita boleh jadikan cawan kopitiam sebagai salah satu warisan sejarah negara, kenapa tidak?

Dipercayai cawan ini mungkin digunakan sebelum Merdeka, mungkin collector barangan kopitiam boleh mengesahkannya. Cawan Tarzan Trade Mark ini dibuat di Ayer Hitam, Johor untuk syarikat kopi serbuk.

Tarzan Trade Mark dengan tulisan Jawi dan Cina.

Cawan ini dibuat untuk Kim Phong Food Products Co. Muar.

Tertera Johore Pipe Co. Ayer Hitam dengan lambang bintang dibawah cawan.

Apabila tanah liat ditemui di Johor pada tahun 1935, mendiang Encik Tan Soon Heng berpindah ke Ayer Hitam untuk mengusaha pembuatan paip dari tanah liat dan juga cawan pengumpul susu getah bagi pasaran selatan wilayah Malaya. Dengan hanya 15 orang tenaga pekerja, lahirlah Johore Pipe Company (JPC). Syarikat ini terus berkembang dan pada hari ini mereka dikenali sebagai syarikat Claytan Group.

Bapa saya ialah salah seorang peminat cerita Tarzan yang dilakonkan oleh Johnny Weissmuller. Pada hari ini generasi kita hanya kenal Tarzan dari Disney sahaja :)

No comments: