Saturday 20 March 2010

Green Spot Thermometer 1970's

'Thermometer' Green Spot 'made in USA' ini digunakan pada tahun 1970an. Thermometer yang memakai slogan 'Everyone Enjoys...' ini menggunakan kedua-dua sukatan suhu 'Fahrenheit' dan 'Celsius'.

Saya menjumpai thermometer ini bersama-sama thermometer Green Spot tahun 1950an (Sila lihat 'post' saya sebelum ini). Semasa dijumpai, thermometer ini masih disimpan dalam kotak asal. Saya bernasib baik kerana model ini saya jumpa satu keping sahaja.

Bagi saya, barangan hasil buruan biasanya lebih puas dari yang kita beli di kedai walaupun barang itu kurang bermutu dari segi 'value' tapi ada nilai sejarahnya. Selain daripada mendapat barang percuma untuk koleksi, saya juga telah menyelamat barang ini daripada hilang begitu sahaja akibat mangsa buangan, mangsa barangan recycle, mangsa vandalisma atau mungkin mangsa dek cuaca. Bagi yang suka mencari barangan 'collectibles', bukankah ini suatu hobi yang murni? :)

4 comments:

wan said...

Looks like i m going to be disappointed again after missing out on the previous greenspot item.Anyway, great find plus i got to agree with you about the joy in hunting and stumbling upon hidden treasures of the past.However this days the shopowners are reluctant to let u "korek" because of the crime rate and the endless conman antics happening these days.
But all is not lost ,there are still a lot kind hearted souls around in Bolehland.Happy hunting Bro!

frightrice said...

i agree with you Wan, lately people are getting extremely paranoia. Kadang-kadang belum habis cakap lagi dah tutup pintu :) Well, can't blame them jugak, these days weird people doing bizzare things are popping up like mushrooms. I'm watching my back as well :)

Hehe 'Bolehland', i like it bro!

Iaryylr said...

Dulu Thermometer ini membaca suhu sekitar, tetapi sekarang Thermometer ini menaikkan suhu badan collector pula... , susah nak jumpa barangnie lagi Bro!

frightrice said...

Haha, insyaAllah suatu hari anda pun boleh dpt brg yg menaikkan suhu badan. Teruskan usaha bro!