Wednesday, 30 June 2010

'MAS' malaysian airline system bag

Logo wau bulan pada beg ini pernah digunakan sekitar 1971 hingga 1987. Pada 15 Oktober 1987, 'Malaysian Airline System' telah ditukar nama kepada 'Malaysia Airlines'.

Pada tahun 1972, MAS pernah membuka tender untuk penghasilan beg kabin kelas 1 (Tender for 1st CLASS MAS BAGS'. Tender ini ditutup pada 15 Disember 1972, saya kurang pasti sama ada beg ini yang dimaksudkan.

Sebelum adanya slogan 'Now everyone can fly', MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan tempatan di Malaysia. Mahal atau tidak, tiada pilihan pada masa itu, tambahan pula dengan ketiadaan kemudahan internet, tentu menyukarkan lagi keadaan. Persepsi yang sering didengar pada masa itu hanya orang kaya yang mampu menaiki kapal terbang. Pada hari ini, orang naik bas pun mampu naik kapal terbang. Bukanlah saya nak promosi sangat, kalau Tony dengar pun mungkin saya hanya dapat naik 'flight' percuma sekali dua, itupun kalau beliau ada masa membaca blog saya :) Maaf saya bergurau hari ni, kalau serious sangat pun baik kita ramai-ramai buat ensiklopedia! :)

Tuesday, 29 June 2010

'OPO' ACL Bottle

Tidak banyak yang saya ketahui tentang jenama 'OPO' BEVERAGE NOT CARBONATED ini. Terdapat marking SG127 dibawah botol kaca ini menandakan keluaran The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. Mungkin anda boleh memberi input tambahan mengenai jenama ini.

Sejarah Pembinaan Tambak Johor

Negeri Johor merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di sebelah selatan dan mempunyai sejarah perkembangan yang unik. Ia merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang tidak dijajah oleh Inggeris.

Bapa Johor Moden iaitu Sultan Abu Bakar telah memindahkan ibu negeri Johor dari Telok Belanga ke Johor Bahru pada tahun 1866. Apabila baginda mangkat pada tahun 1895, takhta Kerajaan Negeri Johor digantikan oleh anakandanya iaitu Sultan Ibrahim.

Sultan Sir Abu Bakar

Tambak Johor telah dibina pada zaman pemerintahan baginda. Pembinaannya telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri seterusnya memberi kesan kepada ekonomi, politik dan sosial negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Sejarah Pembinaan Tambak Johor
Sebelum adanya tambak, perhubungan di antara negeri Johor dengan Singapura adalah menggunakan jalan air sahaja. Sampan dan tongkang digunakan untuk mengangkut barang-barang keluaran negeri Johor ke Singapura.

Dari masa ke semasa, kegiatan ini bertambah pesat lagi. Dalam pada itu, usaha untuk membina landasan keretapi di negeri Johor telah dijalankan. Pembinaan landasan keretapi siap dibina pada tahun 1919.

Selepas perang Dunia I, pihak berkuasa keretapi mencadangkan bahawa lebih elok perkhidmatan keretapi Singapura disambung dengan keretapi Johor melalui Selat Tebrau. Cadangan ini dibuat disebabkan perbelanjaan menggunakan sampan dan tongkang semasa urusan perdagangan terlalu tinggi.

Pada mulanya dicadangkan supaya dibina sebuah jambatan kemudian disambungkan dengan tambak menuju ke Singapura. Akhirnya, dipersetujui dibina sebuah tambak dan dibuat sebuah pintu air pada tambak itu supaya boleh dilalui oleh kapal-kapal.

Cadangan ini mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim. Lok atau pun pintu air ini dibina sebelah menyebelah ialah untuk mengepung air supaya menjadi samarata ketika air pasang. Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkehendakkan supaya tambak itu diperbesarkan dan dibina jalan raya supaya boleh dilalui oleh kenderaan dan orang-orang yang berjalan kaki.

Setelah segala cadangan atau ikhtiar difikirkan dan diperbincangkan, satu perangkaan perbelanjaan yang melibatkan negeri Johor dan Singapura telah dibuat. Pada mulanya Kerajaan Negeri Selat yang ketika itu memerintah Singapura dan juga Kerajaan Tanah Melayu tidak mahu mencampuri urusan pembinaan tambak itu.

Apabila hal ini dipersembahkan ke Bawah Duli Sultan Johor, baginda tidak rasakan perkara itu menjadi halangan dari meneruskan rancangan yang telah dibuat tetapi baginda mahukan supaya tol dikenakan kepada setiap kenderaan yang tidak didaftar di negeri Johor juga kepada rakyat bukan negeri Johor yang menggunakan tambak itu.

Langkah ini terpaksa dilakukan bagi menampung perbelanjaan pembinaan yang begitu tinggi. Akhirnya Kerajaan Negeri Selat dan juga kerajaan Tanah Melayu bersetuju untuk membiayai pembinaan tambak itu.

Apabila persetujuan dicapai di antara Kerajaan Negeri Johor, Pesuruhjaya Tinggi British dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada akhir tahun 1919.

Tambak ini telah direka khas oleh Messrs, Coode, Fitzmaurice, Wilson dan Mitchell Jurutera Westminster. Manakala kontrak pembinaan tambak ini diserahkan kepada Messrs, Topham, Jones dan Railton Limited, London.

Kerja-kerja pembinaan tambak Johor telah disiapkan dalam masa empat tahun. Pada 24hb Julai 1924, Tambak Johor telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim bersama-sama Pesuruhjaya Tinggi British dan juga Raja-raja Tanah Melayu. Sempena dengan perasmian itu, pejabat-pejabat kerajaan telah diberikan pelepasan am.

a. Bentuk Tambak Johor
Tambak ini berukuran enam puluh kaki lebar. Terdapat dua landasan keretapi dan jalan raya selebar dua puluh enam kaki. Panjang tambak ini ialah 3,465 kaki dan dalamnya empat puluh tujuh kaki paras air surut.

Pembetung air juga telah dibina dibahagian hujung tambak ini untuk menyekat sampah sarap yang memasuki ke pintu air di tambak itu. Pintu air ini berukuran seratus tujuh puluh kaki panjang, tiga puluh dua kaki lebar yang mana ia memberi kemudahan kepada kapal-kapal dan sampan-sampan yang lalu lalang di situ setiap masa.

Di bahagian bawah pintu air ini juga dibina saluran untuk membawa air bagi kegunaan harian ke pusat-pusat pembersih air di Singapura.

Untuk menentukan sempadan antara Johor dan Singapura telah dibina tembok yang bertuliskan huruf ‘S‘ bagi Singapura dan huruf ‘J‘ bagi negeri Johor. Pembinaan tembok ini dilakukan di awal pembinaan tambak Johor. Tembok ini terletak di tengah-tengah tambak.

b. Kos Pembinaan
Dari segi kos perbelanjaan telah timbul berbagai-bagai masalah pembayaran sehingga terpaksa dibawa ke England untuk memutuskan tanggungan kos pembayaran itu. Kerajaan Johor membayar sebanyak RM 12,346,233.84 dan kos bagi jalan juga dibahagikan seperti di bawah:

Kerajaan Johor RM 3,178,945.53
Kerajaan Singapura RM 1,362,404.92
Municipal Singapura RM 214,371.43
Jumlah RM 4,755,721.83

Pembayaran yang dibuat oleh pihak Bandaran Singapura adalah kerana menampung saluran paip air dari Gunung Pulai ke Singapura yang menggunakan jalan tambak.

c. Tujuan Pembinaan
Apabila perkembangan dan kemajuan negeri Johor mulai pesat, jelas kelihatan pembinaan tambak Johor akan memberikan banyak faedah kepada Johor dan juga Singapura.

Kesibukan di Selat Tebrau semakin bertambah apabila jalan keretapi Johor pada tahun 1909. Lantaran itu perkhidmatan feri semakin diperlukan. Di antara Johor Bahru dan Woodlands, setiap kali laluan enam buah lori barang dibawa oleh perkhidmatan feri ini. Apabila perkhidmatan keretapi antara Johor dan Singapura dihubungkan melalui Tambak Johor, kesesakan itu dapat diatasi.

Sebelum ini, jika dilihat pada tahun 1911, 11,500 buah lori telah diangkut dengan feri. Jumlah ini meningkat kepada 54,000 buah pada tahun 1917.

d. Tambak Johor Semasa Perang Dunia Ke-2
Bahang Perang Dunia II mula dirasai di Tanah Melayu dengan pendaratan askar-askar Jepun dari Division ke 18 di Kota Bahru, Kelantan pada 8hb Disember 1941. Disebabkan salah jangkaan, pihak British telah berundur ke Singapura dan meninggalkan Tanah Melayu tanpa pertahanan yang kuat.

Keadaan ini merupakan satu faktor kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dengan mudah. Bagi penduduk negeri Johor, peperangan ini mula dirasai pada 11hb Januari 1941 apabila kapal-kapal terbang tentera Jepun mengebom Muar.

Pihak Inggeris yang bertahan di Muar terpaksa berundur ke selatan lagi akibat serangan Jepun yang bertubi-tubi itu. Ini membolehkan tentera Jepun mara ke Bakri, Segamat, Yong Peng dan juga Batu Pahat.

Apabila kawasan-kawasan tersebut telah jatuh ke tangan Jepun, pihak Inggeris merasakan tiada gunanya lagi meyekat kemaraan Jepun di Semenanjung. Oleh itu mereka bercadang untuk bertahan di Singapura sahaja. Pada hemat mereka, Jepun akan menyerang dari belakang iaitu Johor Bahru jika mereka masih lagi bertahan di negeri Johor.

Pengunduran segera terpaksa dilakukan apabila kawasan Johor Bahru telah dibom oleh Jepun pada 29hb Januari 1942. Untuk melambat-lambatkan kemaraan Jepun, tentera British telah meletupkan sebahagian daripada Tambak Johor pada jam 8.15 pagi pada 31hb Januari 1942.

Dua bulan kemudian, Tambak Johor telah diperbaiki semula oleh Jepun bagi memudahkan perhubungan antara Johor dan Singapura. Tambak Johor juga telah berubah wajah seperti yang terdapat pada hari ini iaitu ia tidak lagi mempunyai lok atau pun pintu air.

Sumber: Arkib Negara, Cawangan Negeri Johor

Monday, 28 June 2010

Singapore Glass Factory strike

The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. was the sole manufacturer of glass containers in Singapore. Its factory, popularly known as the Singapore Glass Factory, stood on Henderson Road, and was a famous landmark in Bukit Merah for many years, from the late 1940s to the 1970s, before the development of Henderson Industrial Estate. The factory, with a workforce of more than 1,000, provided much needed employment to residents in the surrounding areas including Bukit Merah. However, relations between the Company and its employees had been strained due to several issues such as retrenchment of workers. This culminated in a strike on 28 August 1960 that lasted 73 days before it was settled, and workers returned in batches to the factory on 9 November. The strike was marked by a number of incidents.

Incidents
On the afternoon of 21 October 1960, the strikers formed a human chain to prevent a lorry carrying machinery from leaving the factory. The police failed to persuade the strikers to disperse, and a scuffle broke out. Four policemen were injured, and 39 strikers including eight women were arrested. At the lockup of Tanjong Pagar Police Station, the rebellious strikers created a scene by stomping on their bedsteads, singing, clapping, and shouting. They were subsequently charged under the Trade Disputes Ordinance.

At 8.00 am on 28 October, a group of workers arrived in four lorries to resume work at the factory. However they were quickly surrounded by strikers who tried to persuade them from breaking the strike. A heated argument between the two groups broke out, and the police dispersed them. A few days later, on 1 November, two lorries carrying 42 workers arrived at the factory gate. The workers had earlier met with Labour and Law Minister K. M. Byrne regarding their intention to resume work. Officials from the Ministry of Labour informed the strikers that they could persuade their colleagues not to resume work, but they were not allowed to obstruct them or to use violence. CID and uniformed police officers were deployed at the scene to maintain law and order. However, the strikers ignored the directive, and linked their arms to form a human barrier to prevent the workers from entering the premises. Fighting between the two groups broke out, and 38 workers managed to fight their way into the factory. The police moved in and arrested 14 people, out of which 13 were from the picket line. The 'strike-breakers' later revealed that they decided to resume work, as they needed money badly. Due to the volatile situation outside, they decided to stay in the factory.

Resolution
On 3 November, representatives from the Singapore Machine & Engineering Employee's Union met with Labour and Law Minister Byrne to seek arbitration for the labour dispute. By 4 November, it was expected that the strike would end very soon, and the strikers picketed peacefully outside the factory. However, they prevented the factory oil-tankers from entering the premises.

After two rounds of talks chaired by James Puthucheary, then manager of the Industrial Promotion Board, the Union and the management of the Company reached an agreement on 8 November. The Company agreed to re-employ its workers as work became available on the basis of seniority of service in their respective departments. The Union agreed to provide a written undertaking that they would not call any strike or stoppage without giving at least four days' notice. In addition, they agreed to allow the factory to have unrestricted access to fuel oil supply at all times. Both parties also agreed to resume negotiations interrupted by the strike within four weeks, and to refer all matters that remained unsettled to arbitration.

Despite the successful resolution of the dispute on 8 November, the strikers were not about to let the 'strike-breakers' get away. They gathered at the gate in anticipation of the departure of the strike-breakers, and riot-control vans were called in to maintain order. Under the watchful eyes of the police, three lorries carrying the strike-breakers drove out of the factory and sped away. The 73-day strike was finally ended when workers returned in batches to the factory on 9 November.

Source: By Chia, Joshua Yeong Jia written on 2006-10-02

'Green Dragon' ACL Bottle

Botol soda jenama Green Dragon ini berasal dari Sarawak. Slogan yang dipakai pada masa itu ialah Delicious Dragon Drink dan Delicious Green Drink. Botol kaca ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dimana botol yang disebelah kiri terdapat marking SG127 dan yang di sebelah kanan terdapat marking SG339. Bagi pengamal feng shui, naga merupakan simbol kekuatan yang juga berkaitan dengan untung nasib seseorang.

Sunday, 27 June 2010

Pasar Karat ada tarikan tersendiri

IPOH 13 Dis. - Kata seorang rakan, sebut apa sahaja, semuanya ada dijual di pasar ini kecuali saudara-mara.

Rupa-rupanya seloroh itu benar kerana Pasar Lookin atau Ipoh Memory Lane yang terletak di Jalan Bijih Timah di sini menjual pelbagai jenis barangan.

Bukan sahaja barangan moden, pelbagai koleksi barangan antik juga tersedia di sini sehingga ada yang selesa memanggilnya 'Pasar Karat'.

Kali pertama mengunjungi pasar ini, mata pasti meliar dan terpegun dengan koleksi barang-barang yang dijual.

Malah ada yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam di satu-satu gerai untuk melihat barang-barang lama yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Itulah keistimewaan Pasar Karat yang beroperasi pada setiap Ahad antara pukul 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Suasana di kawasan itu sememangnya meriah ibarat 'semut mengerumuni gula' dan boleh dikatakan ia diserbu ribuan pengunjung setiap kali pasar lambak sepanjang kira-kira tiga kilometer itu beroperasi.

Tidak perlu meja berhias cantik, hanya hamparan kain untuk meletakkan barangan jualan, sudah dapat menarik perhatian pengunjung.

Gelagat peniaga dengan pelbagai gaya juga turut menarik perhatian pengunjung untuk memandang walaupun sekilas, pada barang-barang jualan.

Cuaca panas, peluh membasahi baju dan pelbagai bau tidak menghalang orang ramai untuk mengunjungi pasar lambak ini kerana keistimewaan dan kepelbagaian barang yang ada terjual.

Pasar Karat popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong kerana koleksi barangan lama yang dijual di situ.

Antara barang lama yang boleh ditemui ialah telefon, pinggan mangkuk, barangan tembikar dan tembaga, seterika arang serta koleksi syiling dan wang kertas pelbagai negara.

Gobek pinang yang memang jarang dapat dilihat sekarang ini dan kukur kelapa berukir juga dijual di sini.

Lebih istimewa, pasar ini juga menyediakan pelbagai jenis album atau rekod klasik sama ada oleh artis tempatan mahupun luar negara yang sebelum ini mungkin begitu sukar ditemui di tempat lain.

Apa yang perlu dilakukan oleh pembeli hanyalah memilih barang yang berkenan di hati dan membuat tawaran harga dengan penjual.

Bagi yang berhasrat membeli barangan pada harga murah pula, pasar ini turut menjadi pilihan kerana pelbagai barangan terkini seperti beg tangan, jam, cermin mata, kasut dan tudung turut dijual.

Selain itu, di sebalik deretan gerai lambak, ada juga terselit kedai kecil menjual ikan laga dan jangan pula terkejut jika anda tiba-tiba 'disapa' oleh seekor kambing gurun yang menjadi 'maskot' pasar lambak ini.

Selepas penat berjalan di sepanjang kira-kira 100 gerai di situ, pengunjung boleh berehat dan menjamu selera di gerai berhampiran sambil dihiburkan dengan alunan muzik yang dimainkan oleh 'orang-orang lama'.

Itulah istimewanya Pasar Karat. Segala-galanya ada di sini. Hati pasti tertawan dengan kemeriahan dan hiruk-pikuk suasananya.

Sumber: Oleh HAMIMAH HAMID, Utusan Malaysia Online 14/12/2009

Saturday, 26 June 2010

Ramai minat barang lama

PETALING JAYA 10 Julai - Barangan lama atau antik jika dijaga dengan baik mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan harga asalnya.

Malah, bagi peminat barangan antik, mereka sanggup mengeluarkan belanja termasuk kos perjalanan jauh untuk 'memburu' apa yang diidamkan.

Menurut seorang peniaga di pasar lambak barangan antik di Amcorp Mall, Savithree Perumal, 47, pembeli barangannya ada yang datang dari Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor selain luar negara

Katanya, minatnya mengumpul barangan lama kini mendatangkan hasil apabila anak-anak patung lama yang dibelinya dengan harga hanya RM2 kini telah mencecah puluhan hingga ratusan ringgit apabila dijual semula.

Menurutnya, keistimewaan barangan antik tersebut ialah semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya.

Tambahnya, sekiranya dahulu dia hanya mengumpul barangan lama namun kini dia menjual pula barangan berkenaan kepada peminat barangan antik.

"Sebelum ini saya hanya menjual koleksi yang saya kumpul sahaja, namun selepas orang ramai mengetahui tentang kedai ini mereka pula menjual kepada saya barangan tersebut.

"Jadi, dengan cara itu, saya dapat membekalkan pelbagai jenis barangan antik kepada pelanggan tetap saya yang terdiri daripada pengunjung dari luar Selangor.

"Oleh yang demikian, perniagaan menjual barangan antik ini dapat menambah pendapatan selain memelihara keindahan budaya kita," jelasnya yang memiliki sink kayu yang bernilai RM500.

Salvithree, yang telah menjalankan perniagaan di pasar tersebut sejak 10 tahun, lalu mengakui pasar lambak di sini adalah yang paling popular memandangkan ia adalah pasar lambak pertama di negara ini yang mengkhusus kepada perniagaan barangan antik.

Apa yang lebih menarik di pasar lambak ini, terdapat pelbagai jenis piring hitam daripada pelbagai artis termasuklah dari Hong Kong, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Taiwan dan Singapura.

Piring hitam yang dijual di pasar antik Amcorp Mall adalah koleksi terhad dan sukar ditemui di pasar lambak lain.

Menurut seorang lagi peniaga, Jason Lim, 55, kebanyakan piring hitam yang dijualnya adalah koleksi terhad dan ia adalah barangan yang dikumpul dan bukannya disalin semula.

Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah daripada RM25 hingga RM500 bagi sekeping piring hitam mengikut usianya dan jumlahnya yang terhad.

Penulis agak terkejut apabila Jason memaklumkan bahawa peminat koleksi piring hitam itu terdiri daripada golongan remaja walaupun golongan itu hidup di zaman digital.

"Saya telah berniaga di sini sejak 10 tahun yang lalu dan rata-rata peminat piring hitam adalah golongan remaja kerana menurut mereka kualiti piring hitam jauh lebih baik daripada bunyi digital sekarang.

"Antara piring hitam yang menjadi kegemaran ramai adalah koleksi Elvis Presley dan The Beatles serta beberapa penyanyi Taiwan dan Hong Kong. Tidak ketinggalan juga legenda seni muzik tempatan, Tan Sri P. Ramlee.

"Selain itu, bagi mereka yang ingin belajar bermain muzik, mendengar lagu daripada piring hitam membolehkan mereka mengasah bakat dalam bermain muzik," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jika di luar negara, kebiasaannya pasar lambak diadakan dikawasan terbuka namun berbeza disini kerana ia ditempatkan di tingkat bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall.

Oleh yang demikian, pasar lambak berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat barangan yang dipamerkan dalam keadaan selesa dan tenang walaupun keluasannya agak terhad.

Bagaimanapun, jika anda belum puas menikmati barangan antik yang dipamerkan, anda boleh ke tingkat satu dan dua kerana di sepanjang jalan tingkat tersebut terdapat lebih banyak gerai yang mempamerkan barangan antik yang unik.

Justeru, disebabkan popularitinya, pasar berkenaan dikunjungi oleh ramai pengunjung memandangkan ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Bagi Razi Latif, 48, yang baru pertama kali mengunjungi pasar tersebut mengakui bahawa dia berasa kagum melihat barangan antik yang dipamerkan.

Ujarnya, terdapat sesetengah barangan yang dipamerkan telah berusia ratusan tahun yang pastinya tidak dapat ditemui olehnya andai dia tidak mengunjungi pasar berkenaan.

"Saya memang peminat barangan antik jadi apabila saya datang ke sini, saya amat kagum dengan pelbagai jenis barangan yang dipamerkan.

"Bayangkanlah anda dapat melihat mesin jahit dan mesin taip lama yang sudah pasti amat sukar ditemui kini namun jika anda mengunjungi pasar ini, banyak lagi barangan antik yang menarik.

"Jadi, saya amat berharap pusat membeli-belah lain turut mencontohi Amcorp Mall supaya pasar lambak seperti ini diperbanyakkan kerana dapat menarik lebih ramai pengumpul barangan antik berkongsi keistimewaan barangan mereka," jelasnya.

Seorang lagi pengunjung, Zuraida Ariffin, 48, yang meminati barangan antik ini gemar mengunjungi pasar lambak berkenaan memandangkan gerai di sini menawarkan banyak pilihan.

Menurutnya, dia yang telah mengunjungi pasar berkenaan beberapa kali mengakui bahawa kewujudan pasar lambak ini perlu dipromosikan memandangkan masih terdapat ramai warga kota yang tidak mengetahui tentang pasar lambak tersebut.

"Kebiasaannya warga kota lebih gemar ke pasar lambak larut malam kerana mereka kurang mengetahui tentang kewujudan pasar lambak antik ini.

"Pada saya, kewujudan pasar antik perlu diperbanyakkan bagi memudahkan pelancong asing mendapatkan barangan antik yang bercirikan negara kita dan pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat yang mempunyai pelbagai budaya, bangsa dan agama," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online 11/07/2008

Friday, 25 June 2010

Sundrop 285 ml Metal Sign 1980's

Papan iklan yang berbentuk botol ini berukuran lebih kurang 160 x 56cm lebar. Saya memperolehi papan iklan Sundrop 285 ml ini beberapa tahun lepas secara percuma dari tauke Sundrop sendiri. Kalau tak silap, perbualan kami lebih kurang begini; frightrice: "Boss, do you still need this?" Tauke: "Aiya, you takelah!".

'Vita-bean FRESH SOYBEAN MILK' ACL Bottle

Vita-bean FRESH SOYBEAN MILK ialah salah satu jenama tempatan yang dikeluarkan oleh VITA FOOD CO. K.L. Syarikat ini menggunakan seekor gajah sebagai tanda jenama mereka. Terdapat tulisan jawi yang bermaksud 'Susu Kacang Cap Gajah'. Botol kaca ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dan dibawah botol terdapat marking SG127.

Susu kacang soya di Singapura dipelopori oleh Syarikat Yeo Hiap Seng yang memulakan operasi sejak tahun 1935 sebagai pengeluar kicap. Pada tahun 1952 Yeo Hiap Seng memperkenalkan Vitabean (bukan botol Vita-bean ini) iaitu susu kacang soya yang diperkuatkan dengan vitamin di Singapura dan Malaysia. Vitabean memulakan jualan dengan penggunaan kotak Tetra Pak pada tahun 1967.

Thursday, 24 June 2010

Bicycle Kick starts 24 June

Gelas Rasmi Coca-Cola® Bicycle Kick Piala Dunia FIFA yang ekslusif bermula hari ini. Dapatkannya di McDonald's® sebelum kehabisan stok.

MILO® Glass 1984

MILO ialah minuman kegemaran saya sejak kecil. Semasa bergelar pelajar kolej, MILO boleh menjadi pengalas perut di masa kemelesetan 'budget'. Gelas ini saya perolehi semasa men'jember' baru-baru ini, kadang-kadang men'jember' tidak semestinya jumpa botol 'emboss' atau papan iklan 'enamel'.

Pada tahun 1984 Malaysia menghantar 21 orang atlit ke Los Angeles bagi menyertai '1984 Summer Olympics' atau secara rasminya 'Games of the XXIII Olympiad'. Menteri Belia dan Sukan pada masa itu ialah Y.B. Encik Anwar bin Ibrahim yang baru berusia 37 tahun. Seperti tema MILO pada gelas ini iaitu 'Menghayati Semangat Kesukanan', penghayatan semangat kesukanan mesti ada walaupun Malaysia tidak berjaya memungut sebarang pingat pun! Serupalah dengan men'jember', kita harus menghayati semangat ini walaupun hanya mendapat sebiji gelas MILO :)


Suntolley's ACL Bottle

Botol ACL tempatan jenama Suntolley's ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dan mempunyai marking SG127 dibawah botol. Mengikut pendapat sahabat saya Mgtbobber, jenama Suntolley's merupakan satu-satunya botol soda jenis ACL dari Terengganu.

Wednesday, 23 June 2010

'MILLER & COOKE, KETTERING' Embossed Bottle

Botol emboss luar negara MILLER & COOKE MANUFACTURERS KETTERING ini dipercayai digunakan sejak 1840 - 1870, kemungkinan untuk 'ginger beer'. Kebiasaannya 'ginger beer' tidak mengandungi alkohol dan dikategorikan sebagai 'soft drink'. Botol ini dikeluarkan dari bandar yang bernama Kettering di Northamptonshire, England.

Label kertas ini tiada kaitan dengan botol MILLER & COOKE. Label Hague's DANDELION & BURDOCK PARKGATE ini digunakan untuk air soda perasa bunga dandelion & burdock. Label dari Cheshire, England ini digunakan disekitar tahun 1920an - 1930an. Mungkin juga botol ini dipinjam oleh syarikat Hague's untuk penjualan air sodanya.

'SHARIKAT TIN JOOI SIANG' ACL Bottle

Botol ACL 'Registered Trade Mark' seekor gajah ini dimiliki oleh Sharikat Tin Jooi Siang yang beralamat di 2-4 Stoner Street K. Kubu Bharu. Saya rasa jarang sekali kita melihat alamat penuh pada botol ayer lamned. Syarikat yang berasal dari Kuala Kubu Bharu (KKB) ini pernah wujud sejak tahun 1926 lagi dan sewaktu itu mereka menjadi agen untuk Singapore Cold Storage Co., Ltd. Botol kaca ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dan dibawah botol terdapat marking SG27.

KKB terletak di Hulu Selangor, bandar ini pernah dilanda banjir besar pada tahun 1883. Peristiwa ini dikenali sebagai Tragedi Kuala Kubu. Stoner Street pula ialah nama lama bagi Jalan Mat Kilau. Agaknya perkataan 'stoner' tidak lagi sesuai dipakai pada zaman yang serba canggih ini :)

Tuesday, 22 June 2010

Melaka vs. Portuguese (1511)

Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad (18 June 2010)

Portugis berjaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511

Antique telephone store in Jakarta, Indonesia

Gambar ini diambil oleh sahabat saya pada 7 Januari 2009 semasa melancong ke Jakarta, Indonesia. Berbagai jenis telefon antik dijual di kedai ini, harganya pula mungkin mencecah ratusan ribu... rupiah :)

© 2009 Viswalingam Kanesan

Invoice for Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.

Sharikat Kow Long Ban Chin Kilang Ayer Lamned (Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.) ini terletak di No. 83, Jalan Syed Zain, Kuala Trengganu. Pada masa itu TEL: No. 169 hanya mempunyai 3 tiga digit sahaja. Blog saya ini dinamakan Reviving History: A Story of Ayer Lamned. 'Ayer Lamned' berasal dari perkataan Melayu lama bagi air iaitu 'ayer' dan perkataan Inggeris 'lemonade'.

'Paklis Drinks Co' ACL Bottle

Paklis Drinks Co ialah salah satu jenama ayer lamned tempatan yang kurang diketahui umum. Jenama ini tiada kaitan langsung dengan Paki Li Kopitiam yang mendapat ilham dari nama Bruce Lee dan Li Ka Shing. Botol ACL ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd., dibawah botol terdapat marking SG68 dan L49. Mungkin ada diantara rakan-rakan collector yang boleh memberi input tambahan tentang jenama ini.

Monday, 21 June 2010

The Treasure Hunters

Seperti cerita 'The Treasure Hunters' dari Enid Blyton; Megat, Sham dan saya telah mengeksplorasi sebuah gudang barangan lusuh pada 17 Jun lepas. Orang putih ada mengatakan 'One man's junk is another man's treasure', tempat ini memang sarat dengan 'junk' berbagai jenis.

Kebetulan buku cerita ini dijumpai di sini.

Paper cup PEPSI Kuala Lumpur 98 Sukan Komanwel ke XVI. PEPSI adalah minuman ringan rasmi bagi acara sukan ini.

Sahabat saya Megat dan Sham sedang ber'jember', agak kecewa kerana tidak dapat melihat aksi Sham dengan tangan sabitnya, hehe.

Kasut sekolah Pallas Jazz dan Pallas Twinkle pun ada.

Diantara barangan yang dibeli ialah jam tangan Coca-Cola 1990an (Dalam mangkuk kuning).

Seperti cacing kepanasan, tibalah masanya untuk kami meninggalkan tempat ini. Bagi yang inginkan keselesaan, tempat ini bukan untuk anda ber'shopping' sambil bersiul :)

Wednesday, 16 June 2010

Coca-Cola Singapore 285ml Twist Cap Bottle

Botol Coca-Cola twist cap ini dibotolkan oleh Fraser & Neave (S) Pte. Ltd. yang beralamat di 475 River Valley Road, Singapore 1024. Komplek River Valley Road yang dibina pada tahun 1952 telah pun dimusnahkan sekitar 1990an untuk memberi laluan kepada projek pembinaan kondominium mewah yang bernilai $435 juta. Dibawah botol mempunyai marking MG 416, botol kaca ini dikeluarkan di Malaysia.

Coca-Cola trade Mark Regd.

Monday, 14 June 2010

The early days

Source: The Star Online
Friday June 11, 2010

World Cup coverage in Malaysia certainly had its humble beginnings.

While it is common knowledge that Datuk Rahim Razali is the undoubted voice of sports commentary in Malaysia, it still comes as a mild shock to hear talk about the events leading up to the World Cup 1982 and the fate of TV coverage for the tournament back then.

“It (Espana ’82) was on RTM and it was the Malay Mail that started it all. For the first time ever, we tried to get the World Cup matches live and RTM couldn’t get a sponsor ... the paper started a campaign and asked all to come up with the funds and the public responded.

“I don’t think they got the full amount but somebody matched the figure that the public gave,” Rahim, 70, recalled in a recent interview.

During the World Cup ’86, Datuk Rahim Razali was the only anchor in the RTM studio.

“RTM managed to bring it live ... there were lesser games then (52) and the World Cup was finally on television in Malaysia. Before that, the World Cup intrigued many here, and there was speculation that we might have gotten the 1974 edition in Germany. But nobody managed to screen it all live,” he added.

RTM screened select matches from the 1974 and 1978 tournaments.

Compared to the amount of data that precedes and comes after games now, the 1980s and even a good portion of last decade were pretty thin in terms of information. Back in 1982, Rahim’s job in the studio was confined to introducing the games before handing it over to the commentators from abroad – apart from praying hard that there isn’t a video or audio collapse from the source feed.

Four years later – with a cigarette brand on board as the sponsor – the World Cup ’86 in Mexico took off on a bigger scale. The competition in Mexico was also the year filled with Hollywood drama on the pitch and football players starting to behave like celebrities.

It was also a tournament that lingers longer in Rahim’s memory. He was the only anchor in the studio – the only time this had occurred – and the coverage benefited from proper planning.

“The World Cup 1986 was professionally done. Although 1982 started it off, 1986 was on a bigger scale and that was the famous year of the Hand of the God (incident). Diego Maradona was really somebody ... television (vaulted him) into (global) stardom.” – By Nantha Kumar

40th Anniversary of Chung San School, Ipoh in 1979

Gambar ini diambil pada 28 Jun 1979 sempena Ulang Tahun yang ke 40 Sekolah Chung San 中山小学, Ipoh, Perak. Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Apa yang menarik tentang gambar-gambar ini ialah kelibat botol hijau Kickapoo Joy Juice yang dihidangkan kepada para tetamu :)